Perkongsian rumah kebun Shiera Ijoy, lengkap dengan jakuzi tepi sungai buat ramai kagum. 'Cantik & minimalis.'
TENANG dan cukup mendamaikan mata memandang rumah kebun milik penyampai radio dan pelakon terkenal, Shiera Ijoy yang berkonsepkan rustik kontemporari.
Dekorasi yang pastinya menjadi pilihan bagi mereka yang gemarkan keindahan alam semula jadi namun diberi sentuhan moden dengan mengetengahkan elemen kayu, batu dan sebagainya.
Itulah yang anda dapat saksikan menerusi kehijauan dan landskap kawasan yang dimiliki Shiera atau nama sebenarnya, Sharifah Shahirah.
Rumah kebun yang terletak di Ulu Dong, Raub Pahang mula dibina pada tahun 2020. Ibu kepada lima cahaya mata itu sering memuat naik video berkenaan tempat tersebut menerusi hantaran di media sosial.
Sebelum itu, beliau ada berkongsi beberapa rakaman yang memaparkan keindahan kawasan berdekatan rumahnya itu.
Menerusi satu perkongsian, isteri kesayangan Ijoy Azhari yang mesra disapa Sheira telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan suasana di halaman kediamannya.
Selain dikelilingi dengan pokok-pokok durian, kelihatan aliran sungai kecil di tepi rumah.
KEINDAHAN ALAM
Sebuah jakuzi berwarna putih disediakan Shiera untuk kegunaan anak-anak bermain air sambil melihat keindahan alam.
Bukan itu sahaja, ruang tamu, dapur dan juga bilik air selain bahagian atas rumah dijadikan ruang santai untuk mereka sekeluarga.
Terbaharu dalam hantarannya di Instagram, Shiera mengakui pembinaan rumah tersebut mengikut bajet yang tidak terlalu besar. Malah, ruang dalam kediaman itu sesuai untuk mereka seisi keluarga untuk berkumpul sambil meluangkan masa.
Perkongsian video itu telah menarik pehatian warga maya. Rata- rata kagum dan terpesona melihat panaroma halaman rumah dusun tersebut.
"Hebatnya rumah dusun Kak Shiera. Walaupun simple, tetapi rasa tenang melihatnya. Musim durian mesti lagi best kan. Teringin juga nak ada rumah dusun macam ini," demikian komen yang diberikan oleh warga maya.
Baca lagi ‘Cantiknya wet kitchen ala tepi taman.’ Ruang Dapur Memey Suhaiza curi perhatian. Kemas & kreatif!
Tak mewah, pandai urus harta
Bahkan, ada juga pelayar yang mengakui, laman rumah tersebut sesuai jika mahu dijadikan lokasi perkahwinan yang berkonsepkan hutan.
Untungnya kalau pandai menguruskan wang kan?
Lepas ini, kalau sudah tidak aktif dalam bidang seni, bolehlah Shiera rehatkan diri dan habiskan masa bersama keluarga di rumah dusun tersebut.
Berikut SinarPlus kongsikan komen warga maya mengenai rumah Shiera tersebut:
'Ni orang kaya yang pandai. Tak mewah, tapi pandai urus harta. Bukan kaya bergaya.'
'Best rumahnya... Boleh jana pendapatan..buat camp site.'
'Paling suka rumah ni macam bukak rezeki untuk Sheira sekeluarga. Ramai jer kawan-kawan nak datang lepak sama-sama. Suka kita tengok.'
'Cantiknyaa asyik tengok video dan gambar je. Boleh tak kita nak tumpang pacak khemah kat kebun?'
'Macam rumah mat saleh yang bina pinggir-pinggir tasik, sungai ni.'
'Aliran air tu buat bagi dalam skit..boleh mandi-mandi puas sikit.'
'Back to nature best ni healing2 ..jauh daripada kesibukan kota,jammed…fresh air lagi.'
Sumber: Instagram shieraijoy
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang