Sanggup mangga dua anak dengan rantai besi kerana mencuri. ‘Ini baru didikan orang lama, nampak kejam tapi berkesan.’ - Netizen

Iklan

APA hukuman setimpal jika berdepan situasi anak sendiri yang tidak segan mencuri duit semata-mata mahu membeli jajan?

Mungkin ramai yang kata, budak lagi biasalah. Namun, kalau dibiarkan takut insiden sama berulang kerana tiada pengajaran dikenakan.

Iklan
Iklan

Jadi, nak tak nak, hati emak ayah ini sebenarnya kena kering kalau nak didik anak menjadi orang yang berguna bila mereka besar nanti.

Iklan

Itu antara tindakan hardcore yang diambil seorang bapa di Indonesia yang nekad merantai leher dua anaknya kerana mencuri Rp50,000 (RM14).

Bukan sekali tetapi dikatakan sudah banyak kali dua kanak-kanak itu mencuri duit untuk membeli makanan ringan.

Iklan

Lapor Tempo.com, bukan setakat merantai, dua beradik itu dilock dengan mangga sehingga tak boleh untuk melepaskan diri.

Nak dijadikan cerita, kejadian yang berlaku di Kampung Jatiwangi, Majalengka itu menjadi sensasi di media sosial.

Mana tidaknya, kawasan kejiranan menjadi kecoh apabila melihat kanak-kanak tersebut lari keluar rumah.

Mereka dikatakan mahu ke rumah nenek untuk mengadu sebelum terserempak dengan orang kampung.

Kasihan dengan keadaan dua beradik berkenaan, penduduk cuba untuk memotong rantai pada leher kanak-kanak tersebut.

Menurut ketua kampungnya, Yuda Henri Saputra, kes tersebut tidak berpanjangan kerana diselesaikan di luar balai.

Bagaimanapun pihak berkuasa berharap ketua keluarga bertindak rasional meski mahu memberikan pengajaran dan tidak mahu kejadian sama tidak berulang.

Kisah malang tersebut mencuri perhatian netizen lokal apabila rata-rata mereka setuju dengan tindakan tegas untuk mengajar anak-anak.

"90’s level of punishment.” - @devidurga

"Itu didikan cara orang lama. Nampak kejam tapi berkesan..” - @jk.nobody03

"Pernah kena ikat dengan tali kat pokok sebab nakal.” - @munirah_auni

"Tokwan saya pernah rantai makcik saya di tiang letrik waktu panas terik sebab lawan cakap. Makcik saya cerita tu dalam keadaan bangga. Memang waktu kena kita rasa benci, rasa marah...tapi kelak kita tahu kenapa.” - @zaphyrus

Ini lah contoh yang patut kita ikut, tak salah pun kalau kutip sampah yang bukan kita buang. Tapi hati-hati ya, yang suka buang sampah sembarangan tu, adik ni tengah perhati!

Tak kurang juga ada yang tak bersetuju dengan tindakan hardcore yang sanggup merantai dua anak sendiri.

"Terlampau sudah...ibu bapa sekarang janganlah terlampau sangat.” - @kassimdyna

"Kenapa harus dirantai? Anak saya pernah ambil duit RM1, saya libas tapak tangan dia dengan hanger jer. Hanya mendidik anak.” - @adam.kahiri

"Sampai leher pun dirantai..kejam sangat..” - @im_qsri99

Lain orang, lain pandangan mereka. Apapun kena fikir secara rasional untuk memberi hukuman setimpal buat anak-anak supaya mereka faham.

Bukan apa, tindakan mencuri adalah jenayah walaupun daripada poket ayah sendiri.