PERCAYA atau tidak, kebanyakan rumah kosong yang terdapat di Pulau Sardinia, Itali dijual hanya $1 dollar (RM4.45) jer!
Mesti ramai waswas takut kena scam, kan?
Mana tidaknya, ramai persoalkan bagaimana kediaman yang terletak di kawasan kampung yang dinamakan Ollolai yang kaya dengan panorama pergunungan cantik itu dijual terlalu murah?
Lapor Forbes, tawaran itu solid dan bukannya cakap-cakap kosong untuk warganegara asing khususnya Amerika Syarikat (AS) yang berhasrat untuk berhijrah ke sana.
Tular satu post di laman web rasmi kampung tersebut yang ditujukan khas buat pengundi Uncle Sam yang mahu memulakan gaya hidup baharu di Kepulauan Sardinia.
Lagi lucu, kempen jualan itu dibuat gara-gara pilihanraya presiden AS 2024 yang dimenangi Calon Republikan, Donald Trump sehingga mencetuskan rasa kurang senang rakyat negara itu.
Jika memetik kenyataan Datuk Bandar Ollolai, Francesco Columbu berkata, pihaknya menawarkan sambutan mesra Itali buat mereka yang sudah muak dengan keadaan negara asal.
Harga murah
Sebenarnya kalau diikutkan sejarah Ollolai, kempen jualan itu sudah berterusan sekian lama bagi membantu meningkatkan populasi kepulauan yang dikatakan semakin membimbangkan.
Pada tahun 2022, pulau Sardinia pada awalnya menawarkan harga sekitar $15,000 (RM67,016) untuk menarik lebih ramai penghijrah baharu supaya berpindah ke sana.
Boleh dikatakan anak muda kepulauan itu mengambil keputusan untuk pindah ke bandar sehingga menyebabkan banyak kampung semakin sunyi dan kosong.
Apa yang menarik perhatian, terdapat tiga tawaran buat mereka yang berminat iaitu rumah berharga $1 yang merupakan rumah lama dan memerlukan kerja baik pulih yang dianggarkan bermula RM93,823.
Pilihan kedua pula rumah siap yang sedia untuk berpindah dengan nilai $105,000 (RM469,097), manakala opsyen ketiga ialah penginapan sementara percuma.
Bagi mereka yang memilih tawaran ketiga, pemohon terpilih perlu memberikan sumbangan kepada komuniti sama ada mencipta seni, kemahiran atau projek pembangunan lain.
#muzik #perkembanganminda #sikecil
Sementara itu, Tuscany pula menawarkan $32,000 (RM142,958) untuk orang luar berpindah ke beberapa kampung paling menarik di sana, termasuk pemberian rumah percuma.
Ini kerana, menurut kajian yang dilakukan Kementerian Alam Sekitar Itali pada tahun 2016, hampir 2,600 kampung di negara itu semakin kekurangan penduduk dan mungkin tidak akan bertahan dalam tempoh 25 tahun akan datang.
Wah! Ada yang sanggup ker nak pindah ke sana? Mungkin okey bagi mereka yang mahukan cabaran baharu dan memulakan kehidupan di negara asing.
Bukan apa, sudah ramai rakyat kita yang berhijrah ke negara luar untuk mencari pengalaman hidup, gaji yang lebih besar dan peluang kerjaya yang lebih meluas.
Tawaran rumah murah itu memang menarik tapi kena fikir pro dan kontra ya?
Setiap pilihan datang dengan baik buruknya tersendiri. Apapun, Malaysia tetap di hati.