GELARAN ibu dari neraka sesuai untuk wanita durjana ini! Tergamak bunuh anak kandung sendiri semata-mata mahu kahwin lain.
Kisah kematian seorang kanak-kanak perempuan di New Delhi, India baru-baru ini menjadi sensasi di media sosial selepas terbongkar segala tipu helah.
Lapor Times of India, pada awalnya si kecil berusia lima tahun itu dikatakan ditemui tidak bernyawa selepas tidur di dalam biliknya.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Deep Chand Bandhu oleh ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Apa yang membuatkan ramai berang, si ibu berpura-pura meroyan dan menangis macam nak gila sebaik saja anaknya disahkan meninggal dunia.
Namun, drama tersebut tidak berpanjangan apabila pihak hospital bertanyakan tentang kesan kecederaan pada leher mangsa.
Terdiam si ibu apabila ditanya soalan demikian dan jawapan yang mencurigakan membuatkan pihak hospital terus menghubungi polis.
Nak dijadikan cerita, suspek sebenarnya sanggup datang jauh dari Himachal Pradesh semata-mata mahu berkahwin dengan kekasihnya yang bernama Rahul.
Lelaki itu hanya dikenali melalui media sosial selepas ditinggalkan suaminya.
Muzik: CJ O, Giving Up Your Ghost (Soundstripe)
Malangnya, kedatangannya tidak disenangi keluarga teman lelakinya dan lagi sedih, mereka enggan menerima anak perempuannya.
Nekad mahu berkahwin, wanita tak berperikemanusian itu sanggup mendera dan mencekik anaknya sampai mati.
Kesan serangan seksual
Lagi memilukan, hasil siasatan lanjut pihak hospital mendapati kanak-kanak itu mempunyai kesan serangan seksual lampau.
Rupa-rupanya mangsa pernah diserang secara seksual oleh saudaranya sendiri di tempat tinggal mereka.
Bukan setakat si ibu, malah individu lain yang terlibat juga ditahan pihak berkuasa.
Wanita itu disiasat mengikut Akta Perlindungan Kanak-kanak sebelum dijatuhkan hukuman setimpal.
Aduhai, ibu yang diharapkan sebagai pelindung rupa-rupanya menjadi musuh dalam selimut.
Sedih bila mengenangkan anak yang masih kecil diperlakukan zalim sedemikian rupa.
Moga insiden ini menjadi iktibar buat kita semua dan peliharalah amanah ALLAH sebaik mungkin.