Cinta berakhir tragedi, remaja perempuan hamil dua bulan dibunuh, dibakar teman lelaki

Iklan

TIADA siapa sangka sebuah hubungan yang bermula dengan cinta akhirnya berakhir dengan tragedi. Baru-baru ini tular di media sosial seorang lelaki bertindak membunuh teman wanitanya dengan kejam.

Iklan
Iklan

Lelaki yang dikenali sebagai Moh Maulidi Al-Izhaq hilang pertimbangan apabila kekasihnya, EJ, memberitahu berita kehamilan dan memintanya bertanggungjawab.

Selepas mengetahui perkara itu, Moh Maulidi tidak memikirkan jalan penyelesaian, bahkan dia memilih untuk membunuh mangsa yang berusia 20 tahun.

Iklan

Sebelum kejadian, suspek dikatakan bertengkar bersama EJ selepas diminta bertanggungjawab ke atas anak dalam kadungannya. Moh Maulidi kemudian membunuh mangsa dengan menggunakan sabit.

Iklan

Demi menutup perbuatannya itu, suspek yang juga mahasiswa di perguruan tinggi agama swasta bertindak membakar mayat kekasihnya di sebuah gudang kosong yang terletak jauh dari perumahan orang ramai.

Kejadian yang berlaku di Desa Banjar, Jawa Timur itu akhirnya terbongkar apabila orang ramai melihat susuk tubuh seorang perempuan dijilat api bersama longgokan kayu.

Ketika ditemui mayat mangsa yang merupakan seorang pelajar jurusan pertanian telah hangus terutamanya di bahagian muka.

Penemuan itu membawa kepada penangkapan suspek yang berusia 21 tahun yang bersembunyi di sekitar Desa Pakaan Laok, Kecamatan Galis.

Suspek akhirnya mengaku bersalah kerana membunuh teman wanitanya.

Pengakuan itu mencetuskan kemarahan orang ramai yang menuntut agar hukuman berat dikenakan demi keadilan kepada mangsa.