TAHNIAH buat pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal yang berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) dalam Pengurusan Sumber Manusia dalam Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya-Wales yang ke-9.
Kejayaan influencer kecantikan berusia 23 tahun itu diraikan suami, pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil.
"Isteriku, congratulations on your convocation!
"Saya teramat bangga dengan segala usaha dan semangat awak untuk habiskan pengajian ijazah ini!" kongsinya.
Artikel berkaitan:
- Dahlia Rizal kini isteri Imran Aqil, #Dahlia trending, solekan akad nikah jadi inspirasi
- 'Tahniah sayang, saya saksi perjuangan.' Fizo Omar rai kejayaan isteri, Fazeera genggam ijazah kelas pertama
- 'Tahniah sayang.' Rahim Sepahtu rai hari konvokesyen isteri, Kolin Abdullah tamat pengajian
- Like father, like son. Raih Anugerah Dekan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, anak Tan Sri Dr Noor Hisham tamat pengajian cemerlang
"Semua kerja keras awak kini membuahkan hasil dan ini hanyalah permulaan untuk perjalanan hebat yang menanti pada masa yang akan datang!
"Dan saya sangat bersyukur dapat menjadi saksi untuk setiap pencapaian awak. Saya tidak sabar untuk melihat semua perkara luar biasa yang awak akan terus capai pada masa akan datang! Sayang awak selamanya," coret Imran.
Sekadar info, Dahlia Rizal dan Imran Aqil diijabkabulkan pada 11 September 2023 selepas mengikat pertunangan selama setahun.