PEMAIN sensasi Selangor FC, Faisal Halim mendapat kata-kata pembakar semangat apabila dititipkan pesanan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar tidak berputus asa dan bekerja keras dalam kariernya.
Pesanan itu diberikan Sultan Sharafuddin berkenaan menganugerahkan Faisal Halim bintang kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (AIS) pada sempena ulang tahun keputeraan ke-79 Sultan Selangor di Balairung Seri, Istana Alam Shah semalam.
Faisal yang mesra dipanggil Mickey berkata, penganugerahan dan pesanan itu secara langsung menjadi tonik berguna untuk kembali menjadi antara pemain bola disegani seperti sebelum ini.
"Anugerah ini sudah pasti menambah semangat dalam kerjaya saya. Ini bukan gelaran untuk saya mendabik dada sebalik semangat untuk saya kembali bangkit bersama pasukan Selangor,” katanya.
Artikel berkaitan:
- Pemain sayap kebangsaan Faisal Halim disimbah asid, sekelip mata baju mencair, berikut kronologi kejadian
- 'Apa salah saya?’ Melecur tahap 4, pergerakan & percakapan terhad, lengan kiri tidak boleh rasa, keadaan terkini Faisal Halim undang sebak
- Minat bola sepak kerana bapa, Faisal Halim pernah lalui kepayahan peringkat awal. 'Ayah tidak cukup duit beli kasut bola....'
- Sebaknya! Sempat sujud syukur, Faisal Halim tampil bertopeng kembali ke padang
Sementara itu, isteri Faisal, Nur Syazwani Mizuana Shahril turut berkongsi kata-kata semangat buat suami tercinta.
"Alhamdulillah, saya sangat bangga dengan awak!
"Insya-ALLAH, doa sentiasa mengiringimu @faisalhalim.7," katanya.
Imbas kembali pada 5 Mei lalu, pemain pernah dinobat Penjaring Gol Terbaik Piala Asia 2023 menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah Petaling Jaya hingga perlu menjalani empat pembedahan.
Kemunculan pemain berusia 26 tahun berkenaan turun ke padang buat kali pertama pada Ogos 2024, tiga bulan selepas tragedi hitam itu.