Tahniah! Elisya Sandha hamil anak kedua. 'Bunga nak jadi kakak dah...'

Iklan

TAHNIAH buat pelakon Elisya Sandha yang mengumumkan kehamilan anak keduanya.

Menerusi Instagram, Elisya atau nama penuhnya Nur Elisya Sandha Hassan berkongsi rakaman bagi memaklumkan berita itu sebagai kejutan kepada suami, Uzair Haqimy Azman sambil memangku anak sulung mereka, Bunga Elhaq.

Iklan
Iklan

Membuka kotak berisi alat penguji kehamilan (urine pregnancy test-UPT) yang positif, Uzair sebak seakan-akan tidak percaya bakal bergelar bapa anak dua.

Iklan

"Bismillahirahmanhirahim. Syukur Alhamdulillah for another biggest rizq in life.

"Terima kasih atas doa kalian, @bungaelhaq nak jadi kakak dah," titipnya.

Iklan

Artikel berkaitan:

Menerusi video yang sama, adik kepada pelakon Fasha Sandha itu memberikan kejutan berita gembira berkenaan kepada keluarga mentua, adik-beradik dan rakan-rakan.

"Bunga going to be a sister."

Ibu mentua, Sheila Rusly terkejut dan menitiskan air mata gembira seolah tidak percaya menerima berita gembira itu.

Tidak dimaklumkan usia kandungan namun menerusi video, baby bump Elisya sudah kelihatan.

Rakan selebriti dan warga maya teruja dan mengucapkan tahniah dan mendoakan agar kehamilan aktres berusia 25 berjalan lancar sehingga tiba saat bersalin.

Sekadar info, Elisya dan Uzair Haqimy diijabkabulkan pada 21 Ogos 2021.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata sulung perempuan yang dinamakan Bunga Elhaq yang kini berusia dua tahun.