'Doktor kata 3 bulan tapi kami ada 3 hari...' Anak sulung reda Lan Zailan pergi dengan mudah, sempat tinggal pesan jaga antara satu sama lain

Iklan
Kredit foto: OhBulan, Bernama

PERGINYA aktor veteran Lan Zailan selepas bertarung nyawa dengan kanser pankreas dirasai para peminat.

Bagaikan sudah tahu waktunya yang bakal tiba, pelakon berusia 66 tahun yang juga bapa kepada lima cahaya mata itu sempat meninggalkan pesanan kepada anak-anak.

Iklan
Iklan

Memetik portal hiburan tempatan, Allahyarham sempat bertemu dengan kesemua permata hatinya dan meninggalkan pesanan sebelum menghembuskan nafas terakhir.

"Anak-anak sempat berkumpul. Anak lelaki dari Muar, Johor juga sempat sampai. Dia banyak bercakap dengan anak-anaknya.

Iklan

"Dia tinggalkan pesan supaya sentiasa menjaga antara satu sama lain.

"Sebenarnya arwah pelik juga apabila ramai datang dan berkumpul. Dia masih boleh bercakap dengan orang yang datang walau tidak banyak," ujar isteri, Ruby Sara Omar.

Iklan

Sementara itu, anak sulung Allahyarham, Baizura meluahkan rasa syukur selepas proses pengebumian bapanya dipermudahkankan dan ditambah pula dengan cuaca yang amat baik.

Malah kata wanita tersebut, situasi berkenaan mungkin kerana sikap bapanya yang cukup disenangi ramai dan suka berjenaka menghiburkan orang.

"Alhamdulillah dari awal lagi memang semuanya senang dan mudah. Cepat saja semuanya berjalan, malah cuaca juga sangat redup saja memberi kesenangan untuk semua yang melawat di sini.

"Dari awal kami menguruskan untuk mandi jenazah, kemudian uruskan masjid dan kubur, semuanya mudah.

"Kalau tanya saya apa amalan dia, mungkin kami tak nampak tapi semua kawan dia yang berjumpa saya semuanya cakap dia baik, semalam pun abang Ako Mustapha pun datang mengatakan arwah seorang yang baik, walaupun mereka tak selalu shooting bersama.

"Arwah di set, dia suka buat orang gelak. Malah keluarga mertua pun sangat sayangkan dia sebab dia cakap arwah seorang penghibur. Ada saja benda dia nak buat orang gelak.

"Dia memang suka buat lawak, mengusik dan bergurau tapi dia sebagai seorang bapa, dia seorang yang fleksibel, apa yang anak dia nak buat, dia sokong," katanya.

Tambah Baizura lagi, beliau bersyukur diberikan kesempatan meluangkan masa bersama sebelum arwah menghembuskan nafas yang terakhir.

"Alhamdulillah kami adik-beradik juga dapat berkumpul dan sehingga arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

"Sebenarnya ayah sudah keluar hospital dan masuk hospital balik atas permintaannya, jadi kami hormat apa yang dia nak.

"Dia masuk hospital pada Ahad, dan masa cepat berlalu sebab doktor katakan dia ada tiga bulan tapi kami ada masa tiga hari bersamanya itu sudah cukup bersyukur kerana jujurnya semua sangat mudah.

"Kami juga sudah reda dari awal sebab kami tahu dia sakit dan saya juga sudah pesan pada adik-beradik, apa saja keputusannya dan apa saja yang kita lalui di depan, kita doa banyak, ALLAH permudahkan apa saja. Kami semua sepakat terima dengan baik dan dia pun melepaskan kami semua dengan senang hati," kongsinya.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22 pada pagi Khamis.

Arwah sebelum ini disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat dan telah menjalani rawatan sejak 27 November sebelum dibenarkan pulang pada Sabtu.

Ruby berkahwin dengan Lan pada 2020.

Allahyarham memiliki lima cahaya mata hasil perkahwinannya bersama arwah isterinya iaitu Hasnah Mohd Taib.

Sumber: Ohbulan, mStar