'Terima kasih hadir seketika, kamu memori terindah...' Syafie Naswip kongsi berita isteri keguguran anak sulung

Iklan

TARIKH 23 Disember pastinya meninggalkan momen yang cukup indah tatkala dua jiwa ini bersatu bergelar suami isteri.

Setahun berlalu, pelakon Syafie Naswip dan isteri menyambut ulang tahun pertama mereka. Dalam perkongsian menerusi media sosial miliknya, pelakon Mohsin itu menitipkan ucapan ringkas namun cukup bermakna buat permaisuri hatinya, Nurafiqah Ishak.
"Happy 1st Anniversary. This is just the first of many more anniversaries," ungkap pemilik nama sebenar Muhammad Syafie Naswip.

Iklan
Pun demikian, dalam kegembiraan menyambut ulang tahun pertama itu,pasangan tersebut turut dirundung duka apabila kehilangan zuriat pertama mereka. Rupa-rupanya empat bulan lalu, Nurafiqah sedang hamil anak sulung. Bahkan pasangan muda itu turut menamakan bayi mereka dengan nama Mohammad Eshal. "4 months ago, Al-Fatihah to Mohammad Eshal.
Terima kasih hadir seketika, kamu memori terindah di tahun 2024," kongsi Syafie lagi.