TAHNIAH diucapkan buat pelakon Raysha Rizrose yang baharu sahaja bergelar ibu selepas selamat menimang cahaya mata sulung.
Akhirnya perkahwinan hampir dua tahun pemilik nama nama penuhnya Farza Naquraisha Mohd Fariz itu dengan suami, Nabil Jeffri lengkap dengan kehadiran bayi perempuan pada Ahad.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh kakaknya, aktres Nelydia Senrose yang tidak henti meluahkan rasa syukur sekali gus mendedahkan Raysha selamat bersalin.
"Alhamduillah atas segala nikmat yang kami sekeluarga terima ini. Semoga ALLAH sentiasa mengurniakan keluarga ini barakah dan kasih sayang,” tulisnya.
Nelydia yang berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Insta Story miliknya percaya Raysha dan Nabil mampu menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan baik.
Malah beliau juga sempat menitipkan doa agar anak saudaranya yang dinamakan sebagai ‘ Baby R’ membesar dengan baik.
"Saya dan suami tahu mereka akan jadi ibu bapa yang hebat kepada bayi itu.
"Baby R awak sangat disayangi dan kami sangat bertuah memiliki awak.
"Semoga membesar menjadi sihat, cantik, dan kuat seperti ibu awak,” titipnya.
Sementara itu, Uqasha juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah buat Raysha dan suami.
"Masya-ALLAH seperti tidak percaya adik perempuan saya ini sudah bergelar ibu. Sampai bila-bila pun kamu akan menjadi adik kecil kakak.
Untuk rekod, Raysha, 28, yang juga Dewi Remaja 2014/15 mendirikan rumah tangga dengan Nabill pada 22 Februari 2023 selepas dua bulan bertunang.
Pelakon Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin itu berkongsi kepada umum tentang kehamilannya pada September lalu.