'Kemegahan bukan pada bilangan beg...' Azhan Rani derma 99 pek darah, tekad bantu pesakit & demi kesihatan diri

Iklan

BUKAN mahu bermegah-megah jauh sekali mahu menunjuk-nunjuk dengan apa yang beliau lakukan, akui pelakon, Azhan Rani, niatnya menderma darah lebih kepada membantu golongan yang memerlukan.

Pemilik nama sebenar, Azhan Abdul Rani, 48,ketika artikel ini ditulis katanya bakal menderma darah plasma untuk kali ke-100 pada 27 Disember lalu.

Iklan
Iklan

"Hari ni lepas derma darah ada lain sikit. doktor2 @pusatdarahnegara dah tunggu kat luar. pastu fefeling macam convocation pun ada, rasa macam dapat award ABPH pun ada, macam award the best agent insurance pun ye juga ni. ada sijil bagai."

"Alhamdulillah... sihat ini sebaik-baik anugerah yang Allah SWT dah pinjamkan. Insya-ALLAH semampu mungkin akan saya kongsikan selagi ada izinNya. 100 beg pada hari ni 27 disember 2024 akan jadi penutup manis untuk tahun ni.

Iklan

"Semoga ALLAH masih pinjamkan lagi kesihatan ini dan panjangkan umur. ada izinNya nak tutup mata nanti dengan sekurang-kurangnya 200 beg darah dari tubuh ini untuk mereka yang memerlukan,"jelas beliau lagi.

Beliau dalam pada itu turut menitipkan ucapan terima kasih kepada pihak yang terbabit dalam memberikan penghargaan kepadanya.

Iklan

"Terima kasih kepada pengarah @pusatdarahnegara #drmohammadmasrin yang mewakilkan pakar2 PDN menyampaikan penghargaan kecil ini untuk saya tadi. Tak lupa juga seluruh kakitangan PDN yang melayan baik kami penderma-penderma darah tiap kali datang ke sini. huh... ada macam ucapan menang FFM tak?

"Apapun kemegahan bukanlah pada bilangan beg darah yang disumbangkan mahupun sijil tapi pada nyawa2 yang dapat dibantu selain meningkatkan kesihatan diri sendiri. Semoga kekal pada nawaitu. Insya-ALLAH,"ujarnya lagi.

Semoga lebih ramai yang melakukan kebaikan seperti mana Azhan Rani. Admin pun teringin nak derma, malangnya asyik tak lepas je gara-gara darah rendah.