Sambut anniversary ketiga, suami syukur berjodoh dengan Heliza Helmi. 'My cute pondati, ku mencintaimu kerana ALLAH'

Iklan

MANIS sungguh ucapan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman buat isteri, Datin Seri Heliza Helmi. Menganggap kehadiran Heliza tanda kasih ALLAH, ucapan romantis usahawan dan perunding kewangan terkemuka itu memang 'bersemut'!

Tiga tahun menganyam bahagia, Mahadi mengenang kembali perjalanan rumah tangga dengan aktivis kemanusiaan itu sekali gus berkongsi momen yang dirakam bersama.

Iklan
Iklan

"My cute pondati, Alhamdulillah, hari ini genap tiga tahun kita melayari bahtera perkahwinan bersama.

Artikel berkaitan:

Iklan

Menganggap isteri sebagai bidadari, kongsi Mahadi, Heliza atau nama sebenarnya Nur Heliza Helmi adalah pelengkap kehidupan.

Presiden AUF MBZ Consortium itu juga berharap ikatan antara mereka terus utuh hingga ke akhir hayat.

Iklan

"Engkaulah bidadariku di dunia ini, penyejuk mata dan pelengkap separuh agamaku. Aku berdoa agar cinta kita sentiasa diberkati, diredai dan dipimpin oleh ALLAH menuju syurga-NYA.

"Semoga ALLAH terus menguatkan cinta kita, mengurniakan ketenangan dalam rumah tangga kita dan menjadikan kita pasangan yang saling menguatkan di jalan-NYA.

"Selamat ulang tahun perkahwinan yang ketiga, Aku mencintaimu kerana ALLAH dan semoga perjalanan kita ini kekal hingga ke akhir hayat dengan limpahan rahmat dan kasih sayang-NYA," titipnya.

Warganet turut mendoakan kebahagiaan buat pasangan sejoli itu berkekalan hingga je jannah.

Hantaran berkenaan juga sekali gus menidakkan spekulasi rumah tangga pasangan berkenaan berantakan pada penghujung tahun lalu.

Sekadar info, Heliza dan Mahadi diijab kabul pada 1 Januari 2022 di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya.