Usia 66 tahun, Jamal Abdillah sambut anak ketujuh. Tahniah!

Iklan

TAHNIAH diucapkan buat penyanyi veteran, Datuk Jamal Abdillah yang selamat menimang cahaya mata ketujuhnya pada 9.38 pagi, Selasa.

Portal hiburan tempatan berkongsi isteri Jamal, Datin Zai Izzati Khairuddin melahirkan bayinya seberat 2.9 kilogram.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, pelantun lagu Azura dan Suratan Kasih turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan proses kelahiran puterinya itu dipermudah.

Iklan

"Terima kasih untuk ucapan dan doa anda semua," kongsinya.

Sebagaimana rutin bapa yang menyambut kelahiran cahaya mata, Jamal turut mengalunkan iqamat pada telinga puterinya.

Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidilah Ali sebelum ini dilaporkan berhasrat untuk menamakan anak ketujuhnya itu dengan nama Magdalena Yamani, iaitu gadis yang dipuja Nabi Yusof.

Iklan

Sekadar info, Hasil perkongsian hidup dengan Datin Zai Izzati yang dikahwininya pada 1 April 2017, mereka dikurniakan empat anak iaitu Nur Azura Yamani, 5, El Isaac Yamani, 4, Iskandar Rayyan Yamani, 2, dan Rahil Laura Salsabila Yamani yang kini berusia setahun lebih.

Penyanyi itu juga memiliki dua anak lelaki daripada perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 22, dan Ahmad Zaki Yamani, 18.

Pada awal kehamilan, Zai Izzati pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana mengalami kesan sampingan daripada ubat alahan dan muntah yang teruk.

Sumber: mStar