Detik menakutkan! 5 pengunjung pesta dipijak gajah mengamuk, terkejut dengar bunyi bunga api

Iklan

BERPANTANG maut sebelum ajal! Lima pengunjung pesta di di Nong Bua Lam Phu, wilayah Kanchanaburi, Thailand nyaris kehilangan nyawa selepas seekor gajah yang ketakutan dengan bunga api 'naik minyak'.

Iklan
Iklan

Dalam kejadian pada Sabtu lalu, bunga api dinyalakan semasa majlis perasmian mengejutkan si 'jumbo' Plai Khun Thong yang berusia 10 tahun. Abang Besar itu berada di tapak berkenaan bersama pemiliknya, Sanga, 46, untuk menjual tebu.

Bagaimanapun, gajah jantan berkenaan mengamuk apabila terkejut dengan bunyi bunga api untuk upacara perasmian karnival itu.

Iklan

Rakaman yang tular memaparkan binatang itu menumbangkan dan memijak beberapa pejalan kaki ketika penduduk kampung yang ketakutan bertempiaran lari dalam keadaan panik.

Iklan

Gajah itu membajak orang ramai dan melarikan diri melalui khemah dan gerai sambil cuba melarikan diri daripada letupan.

Salah seorang penduduk kampung yang cedera, wanita warga emas, Yanee, 51, berkata dia sedang berjalan bersama cucunya apabila dia mendengar orang menjerit di belakangnya.

"Saya berpaling untuk melihat apa yang berlaku, dan terlihat gajah berlari ke arah saya. Saya tidak dapat mengelak dan ia merempuh saya.

"Saya terjatuh dan bahagian buku lali cedera tetapi cucu saya baik-baik saja. Kami bernasib baik kerana kami tidak dipijak.

Artikel berkaitan:

Gabenor tempatan, Surasak Aksornkul telah mengarahkan pegawai untuk membantu rakyat yang cedera.

"Semua mangsa yang cedera telah meninggalkan Hospital Nong Bua Lamphu dan pulang ke rumah.

"Mereka digesa membuat aduan terhadap pemilik gajah itu. Saya juga telah melarang membawa gajah ke dalam pameran itu lagi," katanya.

Polis telah menahan pengendali gajah berkenaan yang didakwa mengaku tidak meminta kebenaran untuk membawa gajah itu ke tapak pesta.

Kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman penjara maksimum setahun, denda sehingga 20,000 baht, atau kedua-duanya sekali. Thailand mempunyai kira-kira 4,000 gajah dalam kurungan.

Mereka terpaksa bekerja di tempat-tempat pelancongan, pada upacara kebudayaan malam atau dimiliki secara persendirian untuk disewa atau dalam industri pembalakan.

Kumpulan hak asasi haiwan telah membuat gesaan berulang kali untuk mengharamkan pemilikan dan penggunaan gajah tetapi majoriti penduduk tempatan, termasuk ahli politik, enggan menghentikan penderaan itu.

Walaupun makhluk itu biasanya tidak berbahaya, terdapat beberapa serangan gajah yang membawa maut di sana dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Pada 3 Januari, pelancong Sepanyol, Blanca Ojanguren Garcia, 22, dipijak seekor gajah yang sedang dimandikannya di pusat Penjagaan Gajah Koh Yao di wilayah Phang Nga.

Beliau dilaporkan tergelincir dan secara tidak sengaja mencengkam belalai, menyebabkan haiwan itu menghempapnya ke kolam berbatu.

Lokasi yang kerap muncul atau berlaku kemalangan dengan haiwan itu ialah Lebuh Raya Timur Barat Gerik-Jeli.

10 tip elak terserempak gajah liar, jangan panik!

Berikut 10 cara menyelamatkan diri daripada diserang gajah liar, ini yang perlu diketahui:

1-Memandu secara berhemah.

2-Perlahankan kenderaan apabila terdapat papan tanda kawasan lintasan hidupan liar.

3-Tidak menggunakan lampu tinggi.

4-Elak membunyikan hon.

5-Tidak panik.

6-Berdiam diri, jangan lakukan pergerakan dengan tiba-tiba dan berundur diri secara perlahan.

7-Jangan membuatkan haiwan itu merasa terancam, ia mungkin mencetuskan tindak balas mengejut.

8-Keluar daripada kereta juga berisiko dan perlu dielakkan sepenuhnya.

9-Menggunakan kamera dengan cahaya lampu juga perlu dielakkan.

10-Gunakan kaedah larian ‘zig-zag’ jika gajah mengejar untuk menyulitkannya kerana kesukaran menukar arah.