"APA saya boleh katakan, berita perkahwinan Emma itu tidak benar.'
Demikian kata Shikin Maembong berkaitan gosip adiknya, Emma Maembong yang dikatakan mengahwini seorang deejay.
Memetik laporan mStar, kakak Emma iaitu Shikin Maembong, 42, bagaimanapun tidak menafikan aktres itu sedang berkawan dengan lelaki dimaksudkan, namun masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.
"Dia memang berkawan, biasalah fasa perkenalan dengan orang baru tetapi tidak ada perancangan berkahwin pun," kongsi
Mengakui memiliki hubungan yang erat dengan Emma, isteri komposer dan penyanyi Cat Farish itu menafikan perkahwinan yang didakwa sesetengah pihak.
"Kami adik-beradik memang rapat, masing-masing berkawan dengan siapa pun kami akan kongsi bersama.
"Apabila gosip ini keluar, saya tahu dia memang sedang berkawan tetapi kahwin itu tidak ada," katanya.
EMMA TIDAK AKAN BELAKANGKAN KELUARGA
Ibu kepada seorang cahaya mata itu dalam masa yang sama menjelaskan sekiranya Emma mahu berkahwin tentu akan dimaklumkan kepada adik-beradik.
Jelas Shikin, adiknya itu tidak akan membuat keputusan dengan membelakangkan malah akan merujuk keluarga terlebih dahulu.
"Sebenarnya berita ini (pernikahan Emma) memang buat saya terkejut sebab kalau apa-apa perancangan fasal perkahwinan sudah tentu kami adik-beradik akan dimaklumkan terlebih dahulu.
"Emma memang jenis seperti itu sebab kalau apa-apa dia akan rujuk kepada kami adik-beradik.
"Dia memang sedang berkawan, biasalah fasa perkenalan dengan orang baru tetapi tidak ada perancangan berkahwin.
"Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba pula keluar cerita seperti itu. Terkejut juga," ujarnya.
Sebelum ini portal berita tempatan melaporkan pelakon Chacha Maembong terkejut namun memilih untuk tidak mengulas lanjut kerana belum mengetahui kesahihan dakwaan perkahwinan Emma.
Terdahulu, timbul khabar angin mengatakan Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 33, sudah berkahwin dengan seorang deejay yang dikenali sebagai DJ Kidd.
Malah Emma dan lelaki berkenaan turut didakwa bercuti bersama di luar negara berdasarkan gambar tular di media sosial.
Pada Oktober tahun lalu, Emma mendedahkan dia dan suami iaitu Muhammad Shazli Azhar sudah pun bercerai secara baik selepas habis tempoh iddah.
Untuk rekod, Emma mendirikan rumah tangga dengan Shazli pada 20 Februari 2020.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Shariq Gabriel, 4, dan Shakil Aryan Shah, 2.
Sumber: mStar