'Cerai tak semestinya perlu bermusuh...' Emma Maembong umum perpisahan untuk elak fitnah, positif demi kesihatan mental anak

No Image Caption
A
A
A

BERITA perceraian aktres Emma Maembong, 32, mengejutkan seluruh Malaysia khususnya pada peminat.

Mengumumkan perkahwinannya dengan yang berusia empat tahun dengan Muhammad Shazli Azhar sudah berakhir, pemilik nama Fatimah Rohani Ismail itu berkata ia dilakukan untuk mengelakkan timbulnya fitnah.

"Pertama, saya ingin mengucapkan terima kasih atas kata-kata semangat dan doa. Malangnya jodoh kami buat masa ini sampai di sini sahaja.

"Jika diikutkan, kami tidak mahu mengumumkan mengenai penceraian ini kerana tidak mahu memanjangkan isu.

"Namun bagi mengelakkan sebarang fitnah, kami sama-sama bersetuju untuk memaklumkannya.



"Kami berharap semua pihak tidak memanjangkan berita penceraian ini dan tidak mereka-reka cerita yang tidak benar," ujarnya.

Pelakon kelahiran Kuala Terengganu itu mengakui, mereka lebih mengutamakan emosi dan mental dua permata hati yang masih kecil.

No Image Caption



"Memandangkan hubungan kami baik-baik sahaja. Apatah lagi, kesihatan mental anak-anak adalah keutamaan kami sebagai ibu bapa.

"Bercerai tidak semestinya perlu bermusuh dan bukanlah penamat segalanya.

"Ajal, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan ALLAH SWT. Kita hanya mampu merancang but HE is the best of planner," katanya.

Artikel Berkaitan:



Mahu menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal dengan tenang, Emma memohon agar orang ramai memberikan ruang dan privasi.

"Sekali lagi, kami berdua memohon diberikan ruang privacy for us to be able to raise our two beautiful sons healthily.

Terima kasih kerana memahami situasi dan keadaan kami. Mohon doakan yang terbaik buat kami sekeluarga," kongsinya.

Untuk rekod, Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Shariq Gabriel, 3, dan Shakil Aryan Shah yang kini berusia setahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang