Usahawan suka tunjuk kemewahan berdepan hukuman penjara 12 tahun, produk penjagaan kulit mengandungi bahan merkuri

Iklan

DALAM dunia yang mengejarkan kesempurnaan, semakin ramai wanita berlumba-lumba mencari produk kosmetik yang menjanjikan hasil cerah dan bebas cela dalam masa singkat.

Iklan
Iklan

Situasi itu membuka peluang kepada segelintir usahawan tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan dengan mengeluarkan produk yang mengandungi bahan berbahaya.

Iklan

Baru-baru ini, usahawan berasal Makassar, Mira Hayati, dilaporkan ditahan polis selepas produk penjagaan kulit wajah yang dijualnya didapati mengandungi bahan terlarang.

Turut ditahan adalah suaminya, Fenny Frans Mutadir Dg Sila, serta Agus Salim, pemilik produk penjagaan wajah Raja Glow.

Iklan

Menurut laporan, Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Makassar mengesan bahan racun berjadual, termasuk merkuri, pada produk yang berlabel MH Cosmetics.

Produk yang disahkan berbahaya termasuk MH Lightening Skin dan Night Cream. Manakala produk Raja Glow My Body Slim mengandungi Bisakodil.

Ketika ditahan, Mira, yang juga dikenali sebagai Ratu Emas, mengenakan pakaian tahanan berwarna oren. Dia dilaporkan sedang hamil dan dikejarkan ke hospital selepas mengeluh mengenai masalah kesihatan.

Dalam masa sama, Agus turut dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas dan sakit dada.

Penahanan ketiga-tiga individu tersebut mencetuskan persoalan orang ramai berkenaan kelewatan pihak polis bertindak walaupun aktiviti mereka telah dibongkar lebih awal oleh pelakon Indonesia, Nikita Mirzani pada November tahun lalu.

Jika disabit kesalahan, Mira dan suaminya boleh dikenakan hukuman penjara hingga 12 tahun dan denda.