Sebelum ini terdapat laporan dari Balai Polis Daerah Kuraburi, Phangnga, seorang lelaki Rusia ditahan selepas didakwa mencampak anak lelakinya ke dalam laut sehingga menyebabkan kematian.
Kejadian berlaku berhampiran Koh Rae di daerah Khura Buri ketika suspek Artem Bugorskiy, 45, dan mangsa Lucas Bugorskiy, 13, menaiki bot persiaran bersama beberapa pelancong dan kru bot laju.
Memetik kenyataan dari Andamanfocus, seorang saksi mendakwa bahawa terdapat pertengkaran antara bapa dan anak sebelum kejadian.
Difahamkan, bapa dan anak itu telah menempah penginapan dan menaiki bot untuk bercuti di Taman Negara Kepulauan Surin sejak November. Sebelum kejadian, mereka telah mengemas makanan yang dibawa untuk bermalam di taman tersebut dan menaiki bot untuk kembali ke darat.
Rupanya ini sebab bapa campak anak ke dalam laut, alami kecederaan kritikal sebelum meninggal dunia
Iklan