'Tutup aurat dengan sempurna.' Ibu jadi model, Fattah Amin jual tudung terus sold out, gelagat adik perempuan raih pujian!

Iklan

KALAU sudah namanya Fattah Amin, bikin lah apa sahaja pasti laris bak pisang goreng panas.

Duta Jakel itu Sabtu malam menerusi satu siaran langsung di medium TikTok dilihat menjual hijab yang diberi nama Tudung Azizah simbolik nama syurga kesayangannya itu iaitu Azizah Abdul Ghani.


Tampil dengan bidang 50 dengan rona pastel serta bercirak flora, Tudung Azizah itu juga cukup istimewa kerana ibunya sendiri menjadi model dan menggunakan tagline yang penting tutup aurat dengan sempurna.

Iklan
Menerusi live tersebut, bapa kepada Fatima Aisya itu bukan berseorangan. Sebaliknya, beliau ditemani adik-adik perempuannya telah mempromosikan tudung yang dijual mereka itu. Akui Fattah, itu pertama kali beliau bersiaran langsung bersama ibu dan adik-adiknya yang dilihat agak pemalu untuk bercakap dan mempromosikan tudung. Pun demikian, produk tersebut begitu laris dan dan tempoh sekejap sahaja sudah habis terjual, sehinggakan Fattah dan tim terpaksa restok semula bagi memenuhi permintaan ramai yang tidak berkesempatan membeli.
Menurut duta produk Rissa Skin itu lagi, hijab berkenaan mempunyai tujuh corak berbeza dan memilih menjual tudung berkenaan kerana ibu serta kedua adik perempuannya itu menggenakan tudung labuh.



"Mereka semua pakai tudung labuh.
Iklan
"Kita tak jual bidang pendek, kita jual bidang 50. Doakan Insya-ALLAH kita akan buat bidang 55 ke 60,” ujarnya lagi. Apa yang meraih perhatian ramai akan karakter keluarga Fattah yang dilihat sangat bersopan santun.