KEJADIAN tembak-menembak yang berlaku di Setia City Mall, Setia Alam yang berlaku pada Sabtu sekitar jam 9 malam menggemparkan ramai pihak.
Iklan
Iklan
Dalam satu perkongsian di TikTok, pelakon Aaron Aziz turut segera ke lokasi kejadian untuk mengambil anaknya.Pemilik nama sebenar, Aaron Mustapha Aziz, bergegas ke lokasi kejadian untuk
menjemput anak perempuannya iaitu Dahlia Arissa, 15, yang berada di pusat beli-belah berkenaan.
Walaupun cemas dengan situasi tersebut, namun lelaki berusia 49 tahun itu melahirkan rasa syukur apabila anaknya selamat keluar bersama pengunjung lain.
"Saya datang ke sini untuk ambil Dahlia dan kawannya, Amira keluar dari situ.
"Anak saya beritahu semua orang diarahkan keluar dari situ," ujar Aaron.
Pelakon kelahiran Kota Singa itu turut menitipkan nasihat kepada orang ramai supaya berhati-hati dan menjaga keselamatan diri serta keluarga masing-masing.
Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan anaknya serta orang ramai supaya tidak mudah panik dan bertenang apabila berdepan dengan situasi cemas sebegitu.
"Ingat ya, adik (Dahlia), jangan cepat panik jika berlaku sebarang kecemasan.
"Pastikan anda semua dalam keadaan baik daan selamat jika berada di sana tadi," ungkapnya lagi.

Sementara itu, Sinar Harian dalam laporannya memberitahu, seorang lelaki yang melepaskan tembakan di pusat beli-belah di Setia Alam, di sini, pada Sabtu, meloloskan diri dengan cara mengugut pemandu di tempat parkir sebelum diarah membawanya keluar sehingga ke lebuh raya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, Balai Polis Seksyen 6 dimaklumkan kejadian tembakan itu kira-kira jam 10.50 malam.
Katanya, dalam kejadian itu, suspek lelaki melepaskan empat das tembakan hingga mengenai kaki dan punggung seorang tukang cuci di pusat beli-belah berkenaan yang ketika itu hendak menyimpan peralatan mencuci di aras P1.
"Mangsa melarikan diri dan masuk ke dalam pusat beli-belah untuk mendapatkan bantuan manakala suspek lari ke aras P2.
Beliau berkata, suspek kemudian bertindak menahan sebuah kereta jenis Perodua Ativa dipandu pengunjung pusat beli-belah dengan mengacukan pistol dan memaksa membawanya keluar dari kawasan itu.
Jelasnya, ketika melalui lebuh raya, suspek minta untuk berhenti di tepi jalan sebelum menghilangkan diri.
Ekoran itu, polis menerima tujuh laporan dibuat saksi awam," ujarnya.
Tegasnya, siasatan mendapati, suspek merupakan warga tempatan berusia lingkungan 30-an dan memiliki 11 rekod lampau berkait kes jenayah dan dadah.
"Suspek giat diburu dan motif kejadian masih dalam siasatan. Kes disiasat mengikut Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 serta Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya.
Hussein berkata, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, Asisten Superintenden Mohd Afandi Ahmad di talian 016-725 2948 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di talian 03-5520 2222.
Sumber: TikTok Aaron Aziz & Sinar Harian