'Di sini saya & Ayu buat CPR sementara tunggu...' Zaquan Adha nak jual meja snuker, tempat kenangan memilukan dengan arwah anak

Iklan

KENANGAN yang hadir selepas kehilangan orang yang kita sayangi kadang-kadang terlalu pedih untuk dikenang.

Seperti yang dilalui oleh bekas pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak, baru-baru ini berdepan dengan kehilangan anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees, yang baru berusia enam bulan.
Ketika mengenangkan peristiwa yang membawa kepada pemergian anak kecilnya itu, Zaquan mendedahkan mahu menjual meja snuker yang menjadi tempat terakhir dirinya dan isteri, Ayu Raudhah, berusaha menyelamatkan Muhammad Aisy.

Iklan
Menerusi perkongsian di hantaran Instagram, Mohamad Zaquan berkata, meja itu menyimpan kenangan memilukan pada saat mereka berusaha menyelamatkan Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees sebelum ketibaan ambulans."Saya hendak menjual meja ini kerana di sini saya dan Ayu Raudhah (isteri) meletakkan Muhammad Aisy untuk membuat CPR sementara menunggu ambulans tiba."Selagi ada meja ini, saya akan sentiasa teringat saat-saat getir ketika sedaya upaya cuba untuk menyelamatkan Muhammad Aisy. Jika ada yang betul-betul berminat boleh hubungi saya," katanya pada Sabtu.
Menerusi hantaran lain, bekas pemain bola sepak itu turut memuat naik foto pakaian terakhir dipakai anaknya serta kenangan bercuti bersama keluarga sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.

"Bila difikirkan semula, ALLAH memberi peluang untuk bercuti bersama Muhammad Aisy sebelum dia pergi selamanya meninggalkan kami sekeluarga."Alhamdulillah, terima kasih Ya ALLAH," kongsinya.


Sebelum ini, Muhammad Aisy yang berusia enam bulan dilaporkan meninggal dunia pada Selasa petang selepas tidak sedarkan diri di kediaman mereka.
Iklan
Kakak ipar Mohamad Zaquan yang juga pelakon, Rozita Che Wan memaklumkan bahawa kejadian berlaku sekitar jam 1 petang sebelum adiknya menghubungi talian kecemasan.

Jenazah dibawa ke Unit Jabatan Forensik, Hospital Rembau untuk dibedah siasat sebelum dibawa pulang ke rumah keluarga bagi urusan pengebumian. Allahyarham selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan pada jam 9.22 pagi.
Muhammad Aisy dilahirkan pada 2 Ogos tahun lalu dengan berat 2.3 kilogram.

Mohamad Zaquan dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12, Muhammad Aisy Aryann, 11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, serta seorang lagi anak berusia dua tahun.