SELEPAS lebih setahun bergelar suami isteri yang sah, pasangan kontroversi Hafidz Roshdi dan Athira Yuhada dikatakan sudah menimang cahaya mata pertama mereka 13 Februari lalu sekitar jam 7.35 malam.
Berita tersebut dikongsikan oleh pelakon lelaki itu menerusi laman Instagram miliknya."Alhamdulillah, dilahirkan pada 13 Februari, 7.35 malam," tulis Hafidz dikapsyennya.
Dalam hantaran berkenaan, beliau turut memuat naik sekeping gambar bersama isteri dan bayi mereka.
Pun demikian, kedua-duanya tidak mendedahkan jantina bayi berkenaan.
Sebelum ini, terdapat desas-desus yang mengatakan Athirah sedang berbadan dua, namun masing-masing memilih untuk tidak berkongsi sebarang kenyataan.
Untuk rekod, pasangan terbabit telah selamat mendirikan rumah tangga oada 16 Disember 2023 dalam sebuah majlis yang diadakan di Shah Alam.
Sementara itu, meninjau ke Instagram Story milik wanita berkenaan, beliau berkongsi kata-kata indah mengenai perancangan Allah yang dianggap sangat indah.
Iklan
Malah, terdapat sekeping video kartun animasi yang menunjukkan seorang ibu mendukung bayi seolah- olah menggambarkan statusnya kini.
Iklan
Untuk rekod, Hafidz sebelum kni pernah mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 8, dan Umar, 4.
Namun, pada 27 Julai 2023, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam mengesahkan pasangan itu bercerai talak satu.Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 8, dan Umar, 4.