KEMENANGAN lagu Hening Rindu nyanyian Marsha Milan seolah-olah 'direstui' ramai.
Lagu hasil ciptaan Ikhwan Fatanna & Wan Saleh dan lirik Ikhwan Fatanna diumumkan sebagai juara di Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Ahad.Kemenangan tersebut sekali gus membolehkan mereka membawa pulang hadiah utama RM100,000 beserta trofi.
Iklan
Iklan
sementara utu, lagu 'berhantu' Bukan Lagi Kita dendangan Nadeera Zaini ciptaan lagu dan lirik Hael Husaini dan Iqie Hugh pula merangkul naib juara.
Kemenangan tersebut menyaksikan pemenang membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi.
Manakala, lagu Saksama nyanyian Akim & The Majistret ciptaan Akim & The Majistret dan lirik Bunga Cantik meraih tempat ketiga dengan RM30,000 berserta trofi.
Anugerah Vokal Terbaik pula dimenangi oleh Ernie Zakri menerusi lagu Aura yang berjaya membawa pulang RM12,000 beserta trofi.
Aina Abdul juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila memenangi Persembahan Terbaik yang turut membabitkan undian penonton menerusi lagu Puas Sudah sekali gus berjaya meraih RM12,000.
Iklan
Aina Abdul juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila memenangi Persembahan Terbaik yang turut membabitkan undian penonton menerusi lagu Puas Sudah sekali gus berjaya meraih RM12,000.
Sekadar makluman, 10 lagu berjaya ke final AJL39. Antaranya, Sengaja nyanyian Amir Masdi, ciptaan dan lirik oleh Bunga Cantik dan Hang Nadim; Puas Sudah (Aina Abdul/Aina Abdul) dan Saksama (Akim & The Majistret/Akim & The Majistret & Bunga Cantik).
Turut bersaing, Diam (Hael Husaini/Hael Husaini & Iqie Hugh/Hael Husaini & Iqie Hugh); Hening Rindu (Marsha Milan/Ikhwan Fatanna & Wan Salleh/Ikhwan Fatanna) dan Aura (Ernie Zakri/Ernie Zakri & John Jeeves/Ernie Zakri & John Jeeves).
AJL39 dengan tema NADA RASA, menyaksikan barisan juri profesional terdiri daripada Datuk Ahmad Izham Omar, Datuk Hattan, Datuk Fauziah Nawi, Fauziah Latif, Ad Samad, LY, Edrie Hashim, Siti Hajar, dan Edry Abdul Halim sebagai ketua juri. Naz Rahman dan Sissy Imann bertanggungjawab sebagai pengacara mengemudi majlis berprestij tersebut.

Sementara acara Karpet Merah pula dihoskan oleh Fikry Ibrahim dan Malia Baby.
Iklan