APA sahaja yang dilakukan pelakon popular, Fattah Amin pasti akan meraih perhatian ramai.
Terbaharu sepotong video memaparkan perkongsian duda hot Malaya itu menarik perhatian ramai.Video yang dimuat naik oleh akaun TikTok Imani Imtiyaz, memperlihatkan pemilik nama sebenar, Abdul Fattah Mohamad Amin itu menyampaikan ucapan dalam satu majlis di Max Atria, Singapore.
Dalam ucapan tersebut, Fattah bercakap mengenai Taubat Ramadhan.
Paling menyentuh hati ramai bila beliau mendedahkan cara dirinya menenangkan diri dan bangkit ketika menghadapi ujian hidup yang dialaminya membuatkan ramai tersentuh.
"Mengadulah kepada Sang Pencipta kita iaitu Kepada Yang Memberi Ujian. Kita kena sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang ALLAH berikan," ujarnya.
Pada masa sama, bapa kepada Nur Fatima Aisya itu turut berkongsi cara yang dilakukannya semasa ditimpa dengan ujian yang besar daripada Allah SWT.
Menurut aktor berusia 35 tahun itu, beliau juga tidak terlepas daripada ujian YANG MAHA ESA, namun memilih untuk tidak cepat melatah atau beremosi.
"Saya diuji dengan ujian yang sangat besar iaitu kegagalan dalam perkahwinan. Ada juga orang yang diuji dengan pemergian orang-orang tersayang.
"Apa yang saya buat adalah tenangkan diri dahulu dan beristighfar. Apabila diuji kita jangan terus beremosi. Kalau boleh kita relaks dan beristighfar," ungkapnya.
Iklan
Dalam pada itu, pelantun lagu Wanita Terakhir sempat menitipkan nasihat supaya sentiasa mendahulukan solat.
"Kita ada lima waktu sehari, waktu solat itulah sebenarnya adalah masa kita mengadu kepada ALLAH. Kalau ada masa solat sunat itu lebih bagus.
"Ini kerana masa itulah yang sesuai untuk mengadu segala masalah kepada ALLAH SWT yang memberi ujian. Kita pun terlupa DIA yang memberi rezeki, jadi kena sentiasa bersyukur dengan kurniaan-NYA," ungkapnya lagi.
Demikian perkongsian pelakon Suri Hati Mr itu Pilot baru-baru ini yang tular di media sosial.
Untuk rekod, pada 27 November 2017 Fattah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Fazura. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Iklan
Namun pada 13 September 2024, Fazura menfailkan penceraian. Selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, mereka akhirnya sah bercerai talak satu pada 7 Oktober 2024.