Kanak-kanak 6 tahun maut, tangan tersedut lubang air ketika meluncur ke dalam kolam renang

Iklan

KETIKA para pengunjung asyik menikmati percutian di sebuah hotel peranginan, siapa sangka detik penuh keriangan itu tiba-tiba bertukar menjadi sebuah tragedi yang memilukan.

Iklan
Iklan

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun menemui ajal dalam insiden tidak terduga apabila tangannya tersangkut pada lubang saliran air kolam renang.

Kejadian menyayat hati itu berlaku di sebuah hotel di Pameungpeuk, Garut pada Ahad sekitar jam 10.00 pagi.

Iklan

Segalanya bermula apabila Bagja Nurjaman yang sedang bermain gelongsor air meluncur ke dalam kolam dengan kedalaman satu meter.

Namun, kegembiraan itu hanya seketika apabila tangannya mula tersekat pada lubang pembuangan air di dasar kolam.

Iklan

Saksi mendakwa melihat mangsa meluncur masuk ke dalam air, namun kelibatnya tidak kelihatan timbul ke permukaan walaupun sudah beberapa lama tenggelam.

Pengunjung yang menyedari kejadian itu segera bertindak terjun ke dalam air bagi menyelamatkan si kecil itu.

Mereka bertungkus lumus mengurangkan air kolam menggunakan baldi dengan harapan untuk Bagja boleh bernafas.

Pasukan penyelamat yang tiba di lokasi memberikan bantuan awal dengan membekalkan oksigen kepada mangsa.

Bagaimanapun, keadaan mangsa sangat sukar untuk diselamatkan akibat tekanan air yang kuat seolah-olah bertindak seperti vakum yang menarik mangsa.

Sebagai jalan terakhir, anggota penyelamat memecahkan bahagian saluran pembuangan kolam untuk meluaskan lubang bagi mengeluarkan tangan mangsa.

Usaha tersebut akhirnya membuahkan hasil, namun sayangnya, kanak-kanak riang itu menemui ajal ketika dalam perjalanan ke hospital.

Video yang tular mengundang rasa sebak apabila menyaksikan orang ramai yang berada di tempat kejadian hanya mampu menahan air mata melihat seorang kanak-kanak bertarung nyawa di dasar kolam tanpa daya.

Tragedi tersebut mengingatkan kita semua tentang betapa pentingnya aspek keselamatan di kawasan air, terutama bagi kanak-kanak.

Semoga kisah pilu ini menjadi peringatan buat semua agar tiada lagi nyawa kecil yang melayang akibat kecuaian yang boleh dielakkan.

Al-Fatihah.