Dari Indonesia ke Malaysia: Fuji & Davina serikan kempen Raya Paling Epik HijabistaHub, turut lancar ibu pejabat baharu!

Iklan

JENAMA fesyen terkemuka, HijabistaHub, sekali lagi mencuri perhatian dengan pelancaran ibu pejabat baharu mereka yang serba moden dan luas, berserta kempen istimewa"Raya Paling Epik" hasil kolaborasi bersama Tune Talk.

Bertempat di ibu pejabat baharu yang berkeluasan lebih satu ekar, HijabistaHub kini bukan sekadar menawarkan ruang kerja yang lebih kondusif, malah turut menyatukan butik mereka di tingkat paling bawah untuk memberi pengalaman membeli-belah yang lebih selesa dan eksklusif kepada pelanggan.

Iklan
Iklan

Menurut pengasas HijabistaHub, Wanie Elena, pembukaan ibu pejabat ini menjadi simbol kepada pertumbuhan pesat syarikat dalam industri fesyen Muslimah.

"Sebagai jenama yang menghargai pelanggan, kami berbesar hati melancarkan ibu pejabat baharu ini bersama kempen ‘Raya Paling Epik’ – satu inisiatif yang benar-benar epik dan luar biasa,” katanya.

Iklan

Melalui kempen ini, HijabistaHub menawarkan hadiah yang cukup luar biasa termasuk sebuah rumah dua tingkat, kereta, pakej umrah, dan motosikal kepada pelanggan bertuah. Pelanggan hanya perlu membuat pembelian atau melanggan pakej istimewa Tune Talk untuk berpeluang membawa pulang hadiah-hadiah eksklusif ini.

Pengerusi HijabistaHub, Ahmad Syafiq Hilmi, turut berkongsi keterujaan dengan kolaborasi pertama syarikat bersama Tune Talk yang menggabungkan dua industri berbeza dalam satu kempen mega yang menjanjikan ganjaran lumayan.

Iklan

"Kolaborasi ini membuktikan bahawa fesyen dan teknologi boleh disatukan bagi mencipta pengalaman unik buat pelanggan,” katanya.

Bintang Bersinar di HijabistaHub

Sebagai kejutan tambahan, HijabistaHub turut mengumumkan dua selebriti popular dari Indonesia, Fuji dan Davina, sebagai duta rasmi mereka. Ini bukan sahaja memperkukuh kehadiran jenama di Malaysia, tetapi juga membuka peluang untuk memperluaskan pengaruh ke pasaran serantau seperti Indonesia.

Lebih menarik, majlis pelancaran ini turut menyaksikan perlantikan rasmi Datuk Sri Aliff Syukri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu HijabistaHub. Sebagai seorang usahawan berjaya dalam industri fesyen dan kecantikan, beliau dijangka membawa jenama ini ke tahap lebih tinggi dengan inovasi dan strategi yang segar.

Sebagai pelengkap kepada kempen ini, HijabistaHub turut memperkenalkan barisan MUSE HijabistaHub 2025, yang terdiri daripada selebriti popular seperti Zizan Razak, Emma Maembong, KRU, Maya Karin, Nasha Aziz, dan The Sara Sisters. Kehadiran mereka menambahkan lagi daya tarikan jenama ini dalam dunia fesyen Muslimah.

Dengan pelbagai inisiatif baru dan kempen yang menarik, HijabistaHub terus membuktikan kedudukannya sebagai peneraju utama industri fesyen Muslimah. Jangan lepaskan peluang untuk turut serta dalam Raya Paling Epik!

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen atau produk terbaru HijabistaHub, layari laman web rasmi mereka atau ikuti media sosial HijabistaHub.