MENJELANG bulan Ramadan, pastinya ramai yang mula merancang lokasi berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan.
Jika anda sedang mencari bufet berbuka yang menawarkan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa, Mardhiyyah Hotel & Suites memperkenalkan bufet Ramadan Destinasi Rasa 2.0 untuk tahun 2025.
Bufet ini memulakan pengalaman gastronomi anda dengan pilihan pembuka selera yang menarik seperti Squid Salad with Glass Noodle, Thai Papaya Salad (Somtam) dan Young Mango Salad with Pomelo.
Kesegaran hidangan tersebut pasti membangkitkan selera sebelum menjamah hidangan utama.
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan
Hotel berkenaan turut menawarkan pelbagai hidangan tradisi yang pasti menggamit selera. Antara menu utama yang menjadi tarikan daging salai masak lemak bersama maman, ikan Patin Sungai masak tempoyak bersama timun tua, tulang merah Singapore bersama roti paun dan banyak lagi.
Selain itu, terdapat juga pelbagai pilihan istimewa lain seperti nasi kandar, kaikan tenggiri, daging hitam manis, ayam masak madu, laksa kari nyonya, bubur daging rusa, sup tulang kambing berempah, asam laksa dan hidangan yang paling unik iaitu ikan salmon bakar celup-celup yang diperap dengan teknik khas.
Bagi pencinta kambing bakar, bufet berkenaan turut menyediakan smoke hickory roasted whole lamb. Tidak ketinggalan, hidangan antarabangsa seperti special greek fish fillet with olive-capsicum & sos tzatziki, nasi biryani, murgh makhani, lamb shoulder briyani dan gulai daging tetel bersama rebung turut menanti.
Menambah kepelbagaian, bufet ini juga menawarkan Malaysian Street Foods seperti, otak-otak, sata dan keropok lekor dari Pantai Timur, sate ayam dan daging, mi mamak dan Penang char kue tiaw.
Sebagai pelengkap kepada pengalaman berbuka puasa, bufet ini menyajikan pelbagai pencuci mulut seperti red velvet cake, mango cheese cake, carrot cake, marble cheese cake, pandan tiramisu, lamington, ais kacang, chocolate fountain with fruits skewer, serawa durian, serta aneka kuih-muih tradisional seperti seri muka, kuih koley kacang, talam pandan dan bingka ubi.
Ramadan Staycation
Selain itu, tetamu juga boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak, Tarawih, dan Subuh secara berjemaah bersama imam jemputan di Surau Al-Latifah di Aras 4.
Bufet Ramadan Destinasi Rasa 2.0 tersedia dari 3 Mac 2025 hingga 29 Mac 2025 di Royale Songket dan Restoran Tung Yuen.
Bagi yang ingin menikmati pengalaman lebih istimewa, Mardhiyyah Hotel & Suites menawarkan pakej penginapan Ramadan Staycation dengan harga RM270.00 termasuk sahur untuk 2 orang serta 10 peratus diskaun bagi bufet Ramadan.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengalaman berbuka puasa yang luar biasa di Mardhiyyah Hotel & Suites. Tempah tempat anda sekarang dan nikmati keunikan Destinasi Rasa 2.0!