Berbuka sambil menggamit nostalgia! Nasi kandaq basikal & sajian warisan menanti anda dengan suasana penuh santai

Iklan

BULAN Ramadan semakin hampir, dan ini bermakna sudah tiba masanya untuk mencari lokasi berbuka puasa yang menarik! Jika anda mencari tempat dengan makanan yang enak, suasana santai, dan pemandangan cantik, Selera Warisan di Mines Beach Resort adalah pilihan terbaik.

Dengan lebih daripada seratus jenis hidangan, Mines Beach Resort memastikan setiap tetamu dapat menikmati pelbagai rasa dari masakan tempatan hingga antarabangsa. Antara tarikan utama yang mesti dicuba termasuk nasi kandaq basikal yang menampilkan ayam goreng berempah, daging masak hitam, ketam masala dan sambal nyok yang menyengat.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan




Selain itu, terdapat juga Live Seafood Shellout yang penuh dengan makanan laut segar yang dimasak secara langsung untuk pengalaman lebih autentik. Bagi yang menggemari hidangan tradisional Melayu, ayam masak lemak cili api, rendang daging, dan ikan patin tempoyak pasti menggamit selera. Tidak ketinggalan, hidangan kambing golek, roti john meleleh dan masakan Arab menambah variasi dalam sajian berbuka puasa anda.

Selain hidangan yang memikat, resort tersebut menawarkan pengalaman berbuka yang berbeza dengan suasana damai di tepi tasik. Pemandangan matahari terbenam yang indah menambah sentuhan romantik kepada pengalaman berbuka anda.





Untuk lebih meriah, persembahan live band turut disediakan, menjadikan suasana lebih santai dan menyeronokkan. Bagi yang ingin menunaikan solat selepas berbuka, resort ini menyediakan surau yang luas dan selesa. Kemudahan lain seperti tempat makan yang luas serta parking percuma turut disediakan bagi keselesaan para tetamu.



Bagi yang ingin berbuka dalam kumpulan, terdapat promosi menarik beli sepuluh percuma dua dengan harga serendah RM88 bersih seorang. Bagi mereka yang ingin menikmati pengalaman berbuka yang lebih eksklusif, resort ini turut menawarkan pakej bilik selera warisan merangkumi penginapan dua hari satu malam serta hidangan sahur dan berbuka untuk dua orang.





Jadi, jika anda ingin menikmati pengalaman berbuka puasa yang istimewa, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Mines Beach Resort.

Tempat yang cantik, makanan yang lazat, dan suasana yang menenangkan – semuanya dalam satu pakej! Tempah sekarang sebelum tempat penuh.