Isteri kumpul duit buat pemutihan kulit di salun, meninggal dunia dua hari kemudian

Iklan

WANITA dan kecantikan pastinya tidak dapat dipisahkan. Mereka sanggup berhabis wang ringgit untuk kelihatan kurus mahu pun cantik raut wajahnya. Walaupun berhabis ribuan tinggit tetapi hasil yang diterima mampu memuaskan hati.

Namun, jika tersalah langkah pastinya ia boleh membawa kepada kemudaratan bukan sahaja pada kesihatan malah nyawa tuan badan. Seperti mana tragedi hitam yang berlaku di Jombang, Jawa Timur ini di mana si isteri meinggal dunia selepas dua hari mendapatkan rawatan pemutihan kulit di sebuah salun.

Iklan
Iklan

Selepas dua bulan si isteri menghembuskan nafas terakhir, si suami baru gagah membuat kenyataan terbuka melalui rakaman video pendek di akaun TikTok miliknya mengatakan isterinya kehilangan nyawa dek kerana membuat rawatan pemutihan kulit di salun.

Iklan

"Isteri saya pergi ke salun dalam keadaan sihat walafiat tetapi pihak salon menghubungi saya dan mengatakan isteri telah pulang ke rumah menggunakan perkhidmatan e-hailing kerana tidak berdaya. Keadaannya semakin memburuk sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir pada pagi Isnin (selepas dua hari rawatan)," ujarnya menjawab persoalan netizen yang rata-rata mahu tahu punca kematian isterinya.

Jay Kemruatak dan seluruh ahli keluarganya segera membuat laporan polis berkaitan insiden ini. Mereka juga mahu pihak salun bertanggungjawab di atas apa yang berlaku namun tidak diendahkan.

Iklan

Ditanya apakah pengajaran dan pesanan kepada orang ramai di luar sana, Jay menasihatkan agar wanita jangan terlalu kemaruk hendak putihkan kulit. Jika mahu, membuat rawatan kecantikan sebaiknya buatlah dengan klinik atau pun doktor yang pakar bukannya salun yang tiada pengalaman.

Semoga apa yang terjadi pada isterinya ini menjadi iktibar buat kita semua.