PELAKON Fattah Amin memuat naik sekeping gambar anaknya, Nur Fatima Aisya yang dikatakan tidak sihat.
Hantaran menerusi Instagram Stories miliknya itu menunjukkan anak perempuannya itu sedang diberikan ubat.
Namun, apa yang menarik perhatiana adalah kapsyen yang ditulis duta Jakel tersebut yang memberitahu dirinya sudah beberapa kali ingin menemui puteri tunggalnya namun tidak dapat berjumpa.
"Dah berapa kali Daddy datang tapi tak dapat jumpa Fatima, kesian Fatima tak sihat. Mohon doakan Fatima semua,” tulis Fattah.
Sekadar makluman, sebelum ini, timbul kontroversi apabila tular sebuah video di media sosial yang memperlihatkan Fatima berkata ‘tak sayang daddy’. Namun, berita tersebut reda bila mana dua beranak ini bertemu dan saling melepaskan kerinduan masing-masing.
Di harap Fatima akan baik-baik sahaja dan dapat bersua dengan daddynya lepas ini.
Untuk rekod, pada 27 November 2017 Fattah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Fazura. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.
Namun pada 13 September 2024, Fazura menfailkan penceraian. Selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, mereka akhirnya sah bercerai talak satu pada 7 Oktober 2024.