SEORANG wanita hamil meninggal dunia setelah bergelut dengan alahan kehamilan yang teruk.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh ibunya, Susan Cronshaw, anak perempuannya, Jess Cronshaw telah disahkan menghidap hyperemesis gravidarum (HG), iaitu bentuk alahan kehamilan yang melampau, yang turut dialami oleh Kate Middleton.
Menurut Cleveland Clinic, keadaan itu menyebabkan loya dan muntah teruk sehingga boleh membawa kepada penurunan berat badan serta dehidrasi. Ia boleh dirawat dengan ubat preskripsi di rumah, tetapi dalam kes yang ekstrem, pesakit perlu dimasukkan ke hospital dan diberikan cecair melalui IV.
Jess ada menerima preskripsi ubat anti-mual. Namun dalam masa yang sama, bakal ibu itu dinasihati untuk tidak mengambil ubat itu kerana dikhuatiri menjejaskan bayi dalam kandungan.
Terlampau penat dan tertekan dengan morning sickness yang menyiksakan itu, Jess akhirnya memilih untuk akhiri hidupnya sendiri.
Sementara itu, bayinya yang terpaksa dilahirkan secara czer turut menyusul ‘pergi’ selepas 4 hari dilahirkan.
"Dia tak boleh makan & minum, berat menurun & kulitnya menjadi pucat. Jessica pernah berkata kepada kawannya ini adalah perkara paling sukar yang dihadapi dalam hidupnya. Rasa loya yang berpanjangan, tiada kelegaan langsung. Masa banyak dihabiskan di atas katil. Ia sangat teruk," kata ibunya kepada ITV News.
Tambah ibunya lagi, Jess pernah meluahkan perasaan bagaimana dirinya merasa seperti tidak didengari sewaktu melalui fasa tersebut.
Pihak perawat juga seakan tidak mengambil serius mengenai keluhan morning sickness itu. Mereka hanya menyuruh berhenti mengambil ubat dan tidak pernah merujuk wanita tersebut dengan mana-mana bahagian psikiatri.