MARRYBROWN®, restoran makanan segera halal terbesar di Malaysia, kembali memeriahkan bulan Ramadan dengan menu istimewa Riang Ramadan Raya.
Untuk tempoh terhad, pelanggan di seluruh negara berpeluang menikmati hidangan lazat yang bukan sahaja mengenyangkan tetapi juga penuh dengan rasa pedas yang menggoda selera.
Tahun ini, jenama tersebut mempertaruhkan sambal ayam penyet istimewa mereka sebagai bintang utama.
Pedas, menyelerakan dan cukup sempurna untuk berbuka puasa, sambal ini pasti membuatkan sesiapa sahaja tidak sabar untuk menikmatinya.
Selain itu, menu istimewa kali ini memang cukup padu dengan pilihan seperti kombo nasi ayam penyet, kombo ayam penyet burger, pai strawberi kastard, ayam penyet box meal dan MB meriah bucket.
Sama ada anda berbuka seorang diri atau bersama keluarga, ada pilihan yang sesuai untuk semua! Dan lebih menarik, jenama berkenan turut memperkenal perkhidmatan buka puasa di Marrybrown yang mana pelanggan boleh membuat tempahan awal bagi mengelakkan kesesakan waktu puncak.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba sendiri hidangan istimewa ini sebelum ia habis!