LARRIE dengan penuh keterujaan mengumumkan pelantikan Miller Khan sebagai duta rasmi Larrie Men Shoes! Berita itu diumumkan dalam satu majlis istimewa, Ramadan Reflections: Exclusive Larrie Berbuka Puasa yang berlangsung di Hyatt Centric Kuala Lumpur.
Bukan calang-calang orang yang dipilih sebagai wajah Larrie Men, selebriti tersebut cukup terkenal di Malaysia dan Indonesia.
Untuk rekod Larrie Men sudah lama kukuh di pasaran kedua-dua negara, jadi siapa lagi yang lebih sesuai kalau bukan bintang yang dikenali di sini dan seberang?
Sekadar makluman, anak kelahiran Kuala Lumpur berkenaan bukan sahaja berbakat besar dalam dunia hiburan, tetapi juga seorang yang aktif dan bergaya.
Bermula dengan filem"Sepet" pada 2005, namanya terus meletup di Indonesia menerusi filem"Cintapuccino" pada 2007.
Dengan pengikut yang ramai dan gaya hidup yang sentiasa on-the-go, Miller benar-benar mencerminkan semangat jenama Larrie Men.
Majlis tahunan Larrie kali ini lebih meriah dengan gabungan berbuka puasa dan pengumuman rasmi Miller Khan sebagai duta.
Pada majlis sama, turut berlangsung pelancaran koleksi terbaharu Larrie Men Shoes dengan reka bentuk yang maskulin, trendy dan sesuai dengan gaya hidup aktif.
Jadi, peminat Miller dan penggemar kasut Larrie Men, nantikan lebih banyak kejutan menarik dalam masa terdekat! #LarrieMen #MillerKhan #StepUpYourStyle