BERTUAH betul si anak! Sanggup buat sesuatu di luar jangkaan gara-gara marah aiskrim miliknya dimakan oleh seseorang.
Seorang kanak-kanak lelaki di Wisconsin, Amerika Syarikat menjadi sensasi di media sosial dek tindakan luar kotak yang boleh membuatkan ramai tepuk dahi.
Mana tidaknya, si kecil itu tanpa berfikir panjang membuat panggilan kecemasan 911 dan meminta pihak polis datang ke rumahnya.
Lagi melucukan, perbualan antara budak berusia empat tahun yang direkodkan oleh petugas 911 membuatkan ramai geli hati.
Lapor NDTV yang memetik CNN, kanak-kanak yang tidak didedahkan identiti tersebut meminta pihak polis untuk menangkap ibunya selepas kantoi menghabiskan aiskrim kegemarannya.
Dengan nada kecewa selepas menyedari ibunya mengambil pencuci mulut tersebut tanpa kebenaran, si anak kemudian mahukan keadilan.
Bukan saja bijak dan matang berbanding usianya, rekod perbualan yang dikongsikan juga mendedahkan flow kejadian yang berlaku:
Operator:"Hello, ini Racine County 911. Apakah alamat kecemasan anda?"
Budak lelaki:"Ibu saya jahat."
Operator:"Okey, apa yang berlaku?"
Budak lelaki:"Datang dan dapatkan ibu saya."
Operator:"Okey, apa yang berlaku?"
Budak:"Mari ambil ibu saya."
Operator:"Adakah anda tahu anda...Hai, apa yang berlaku di sana?"
Wanita:"Oh, si kecil ini main telefon dan dia berumur 4 tahun."
Penghantaran:"Okey."
Wanita:"Sebenarnya kami cuba menangkapnya kerana dia kata akan menghubungi 911."
Budak lelaki:"Tidak! Saya menelefon polis dan minta untuk datang mendapatkan ibu supaya dia masuk penjara. Jadi, biarkan saya sendirian."
Wanita:"Saya makan aiskrimnya, jadi mungkin sebab itu dia menelefon 911."
Bagaimanapun, sebaik saja pihak polis tiba ke rumah, kanak-kanak itu kemudian mengubah fikiran dan tidak mahu ibunya ditangkap.
Nak dijadikan cerita, pasukan keselamatan kembali semula ke rumah budak lelaki itu dengan kejutan yang tak disangka-sangka.
Barangkali salute dengan keberanian si kecil yang mahukan ‘keadilan’, pihak polis membawa hadiah berupa aiskrim buatnya.
Aduhailah anak. Mungkin kecewa sangat bila teringin nak makan,tetapi aiskrim dimakan orang.
Bab makanan kadang-kadang boleh buat gaduh ya!