Kejam! Suami b@kar isteri hidup-hidup, kantoi selalu jumpa lelaki lain. 'Jangan cari saya lagi...'

Iklan

KEJAMNYA dunia! Seorang wanita muda di Indramayu, Jawa Barat, mengalami detik paling ngeri dalam hidupnya apabila suaminya tergamak membakar tubuhnya hidup-hidup akibat cemburu buta.

Iklan
Iklan

Segalanya bermula apabila seorang lelaki yang dikenali sebagai R mendakwa isterinya, S, mempunyai hubungan sulit dan sering dilihat bersama lelaki lain.

Rentetan daripada itu, rumah tangga yang dibina sejak enam tahun lalu semakin goyah, hingga awal Mac lalu menjadi detik permulaan kepada tragedi yang cukup menyayat hati.

Iklan

Sekitar 3 Mac lalu, mangsa yang sering bertengkar bersama suami memilih untuk keluar dari rumah dan tinggal bersama kakaknya di Desa Gantar Indramayu.

Iklan

Sebelum meninggalkan rumah tersebut, si isteri sempat memberitahu suaminya agar tidak mencarinya kerana sudah mempunyai lelaki lain, membuatkan R semakin berang.

"Saya sudah ada lelaki lain, jangan cari saya lagi,” itulah mesej terakhir yang diterima R sebelum kemarahannya semakin memuncak.

Selepas seminggu berlalu, R yang masih dipenuhi rasa cemburu, terserempak dengan isterinya yang sedang berjalan bersama seorang lelaki di sebuah taman berhampiran Haurgeulis.

Bagi memastikan wanita yang dilihat itu adalah isterinya, R menghantar pesanan ringkas untuk bertanyakan keberadaannya. Namun, jawapan yang diterima benar-benar mengundang marah.

"Mangsa membalas mesej dengan mengatakan bahawa dia sedang berjalan-jalan dengan seorang lelaki dan lelaki tersebut akan datang ke rumahnya," kata pihak polis.

Dengan penuh emosi, R bertindak membeli petrol di sebuah stesen minyak sebelum menuju ke rumah kakak mangsa untuk membalas dendam.

Setibanya di kediaman kakak iparnya, R mendapati lelaki yang dikatakan akan datang ke rumah itu tiada di rumah sebaliknya hanya isterinya yang sedang tidur nyenyak,

Tanpa berfikir panjang, R mengambil peluang menyiram wajah isterinya dengan petrol sebelum menyalakan api dan melarikan diri meninggalkan isterinya yang sedang meraung kesakitan.

Bagaimanapun, R berjaya ditahan pihak polis kurang daripada 24 jam selepas kejadian berlaku.

Difahamkan, isterinya masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan berada dalam keadaan kritikal.

"Dia mengalami kesan melecur teruk pada wajah, leher, kedua tangan dan dadanya,"lapor media.