PENGACARA dan pelakon, Ain Edruce berkongsi telah selamat melahirkan cahaya mata kedua menerusi perkongsian di Instagram Stories (IGs) miliknya.
Pun begitu, pemilik nama Nurulain Edruce, 33, berkata dia terpaksa menjalani pembedahan caesarean selepas melihat kedudukan bayi."Alhamdulillah saya dah selamat bersalin. Sepatutnya saya bersalin normal, sudah mencapai 10 sentimeter, tapi baby masih di atas, akhirnya kena pembedahan caesarean," kongsinya.

Pada masa sama, Ain turut meluahkan rasa kagum terhadap wanita yang memilih untuk menjalani pembedahan ketika bersalin.
"Saya sangat hormati wanita yang buat pembedahan caesarean sakit sangat. Pertama kali nak jalan, memang menangis," ungkap Ain.
Dalam pada itu, pengacara Borak Bibir Merah itu sempat berkongsi bahawa suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa membelikannya Beef Wellington daripada chef Gordon Ramsay kerana ia adalah satu-satunya makanan yang diinginkan selepas bersalin.
"Untuk makan, satu benda sahaja yang saya minta dekat Amirul iaitu makanan pertama yang saya nak makan adalah Beef Wellington daripada Gordon Ramsay.
"Amirul berjaya belikan untuk saya,"ujarnya lagi.
Untuk rekod, Ain telah sah bergelar isteri kepada suaminya yang merupakan seorang usahawan pada Disember 2019 lalu.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Soraya yang kini berusia empat tahun.

Iklan