5 kes letupan gas terbesar dalam sejarah dunia, poin nombor 4 memang menakutkan

Iklan

INSIDEN letupan gas yang berlaku di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor benar-benar mengejutkan.

Apatah lagi, kemalangan tidak berbau tersebut berlaku ketika orang ramai sedang sibuk bercuti meraikan Aidilfitri.

Iklan
Iklan

Lebih menakutkan, lokasi kejadian boleh diibaratkan sebagai medan perang apabila rumah, kereta, pokok dan harta benda lain terbakar akibat suhu panas melampau mencecah hingga 1,000 darjah Celsius.

Malah, jumlah mangsa bukanlah sedikit. Setakat ini, seramai 364 mangsa daripada 74 keluarga terlibat dalam tragedi api yang menjulang tinggi melebihi 30 meter terbabit.

Iklan

Bukan hanya di Malaysia, beberapa insiden letupan gas serupa pernah dilaporkan berlaku di seluruh dunia.

Menurut laporan acespace.org, terdapat 10 insiden letupan membabitkan industri minyak dan gas di peringkat global yang amat menakutkan.

Iklan

Namun begitu, SinarPlus hanya menyenaraikan lima insiden utama untuk perkongsian pembaca.

Berikut adalah perinciannya:

1. Tumpahan Minyak Deepwater Horizon

  • Kejadian itu dianggap sebagai salah satu bencana alam terburuk dalam sejarah yang berlaku pada 20 April 2010.
  • Letupan tersebut mengorbankan 11 nyawa dan menyebabkan pelantar minyak tenggelam.

2. Limpahan Minyak Perang Teluk

  • Semasa Perang Teluk pada tahun 1991, kira-kira 240 juta gelen minyak dilepaskan ke dalam Teluk Parsi dalam usaha menghalang pasukan tentera mendarat di pantai Kuwait.
  • Tumpahan minyak itu menyebabkan kemusnahan besar kepada ekosistem rantau tersebut, termasuk merosakkan kehidupan marin dan mengganggu habitat semula jadi.

3. Letupan Kilang BP Texas City

  • Pada 23 Mac 2005, satu letupan besar berlaku di kilang penapisan BP Texas City di Texas City, Texas yang mengorbankan 15 pekerja dan mencederakan lebih 170 orang.
  • Letupan berkenaan berpunca daripada kebocoran di menara penyulingan yang menyebabkan pelepasan hidrokarbon mudah terbakar ke udara.

4. Letupan Loji LNG

  • Pada 8 Jun 2022, satu letupan besar menggegarkan loji eksport Gas Asli Cecair (LNG) Freeport di Freeport, Texas.
  • Insiden itu mencetuskan bola api besar dan menyebabkan kerosakan teruk, termasuk rekahan pada struktur konkrit serta kerosakan pada peralatan elektrik, dengan anggaran kos kerugian hampir RM298 juta.

5. Bencana Mexico City

  • Insiden dahsyat itu berlaku pada 19 November 1984 di San Juan Ixhuatepec, sebuah kawasan kejiranan di Mexico City.
  • Kebocoran di salah satu tangki penyimpanan LPG di terminal tersebut menyebabkan letupan besar selama beberapa jam, mencetuskan kebakaran luas di kawasan sekitar.