PELAKON Fasha Sandha baru-baru ini berkongsi satu pengalaman tentang layanan yang diterimanya daripada seorang pramugari.
Ibu kepada tiga orang cahaya mata itu meluahkan rasa kecewa atas sikap petugas di awan biru itu yang dikatakan kurang profesional.
Insiden tersebut dikatakan berlaku pada 30 Mac lalu sewaktu mereka sekeluarga menaiki penerbangan tersebut.
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan
Coretan buat semua pramugari di dunia.
Kisah 30 Mac Lalu
"Hari ini, saya akhirnya berpeluang untuk berkongsi pengalaman yang telah berlaku baru-baru ini.
"Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat semua yang bertugas dalam industri penerbangan, khususnya para pramugari yang memainkan peranan penting dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada penumpang," tulisnya.
Menurut Fasha lagi, beliau cukup menghormati tugas seorang pramugari. Malah, itu adalah cita-citanya suatu ketika dahulu.
"Saya tetap menghormati dan memandang tinggi kerjaya seorang pramugari kerana ia merupakan cita-cita saya suatu ketika dahulu.
"Namun, ada perkara yang perlu diambil perhatian dalam menjalankan tugas. Sebagai seorang pramugari, etika komunikasi adalah sesuatu yang amat penting.
"Tidak semua perkara perlu ditanyakan secara terbuka, terutama apabila ia melibatkan sensitiviti individu," tegasnya.
Namun demikian, pemilik nama sebenar, Nur Fasha Sandha Hassan bagaimanapunbersyukur kerana suaminya seorang yang tenang.
"Saya bersyukur kerana suami saya seorang yang tenang dan memahami. Namun, jika di tempat lain, mungkin situasi ini boleh mencetuskan reaksi yang berbeza.
"Bertanya secara terbuka di hadapan penumpang lain dan anak-anak saya mengenai tempat duduk saya di kelas ekonomi adalah sesuatu yang tidak wajar.
"Soalan seperti itu bukan sahaja membuatkan saya berasa kurang selesa, malah seolah-olah merendahkan martabat saya di hadapan orang ramai.
"Saya menghargai permohonan maaf yang diberikan serta usaha untuk menebus keadaan dengan menghantar pizza kepada anak-anak saya.
"Namun, luka di hati bukan sesuatu yang mudah untuk dipadam begitu sahaja," katanya lagi.
Justeru, Fasha menitipkan pesanan buat petugas di awan biru supaya mengambil iktibar daripada kisah ini.
"Pengajaran daripada insiden ini adalah agar kita semua lebih peka dan berhati-hati dalam berkomunikasi, lebih-lebih lagi dalam persekitaran kerja yang melibatkan interaksi dengan ramai individu dari pelbagai latar belakang.
"Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua," kongsi Fasha lagi.