APABILA anak mula melangkah ke sekolah berasrama, perasaan ibu ayah bercampur baur.
Kalau boleh mahu anak 24 jam di depan mata, namun terpaksa berjauhan jua demi kejayaan dan masa hadapan.
Dalam keterujaan, jauh di sudut hati sayu namun terus memberikan semangat. Pengacara terkenal Fedtri Yahya juga tidak terkecuali apabila anak sulungnya, Indah Sutera Jannah yang mendaftar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
"Selesai mendaftar hari ini. Selamat berjuang kakak di tempat impianmu.
"Kuatkan semangat. Doa kami sentiasa mengiringi perjuanganmu, Indah Sutera Jannah," kongsinya.
Menerusi video yang dikongsikan, Indah kelihatan sebak dan menitiskan air mata saat berpelukan dengan bapa tersayang.
Terdahulu, Fedtri ada berkongsi Indah ditawarkan tempat ke MRSM yang merupakan sekolah idaman anaknya.
Warga maya mengucapkan tahniah dan mengucapkan selamat maju jaya buat puteri sulung Fedtri. Tidak kurang yang memberikan sokongan dan semangat.
"Tahniah ayah bonda dan anakanda. Terus maju jaya, perjalanan masih jauh di hadapan."
"Tahniah anakanda Indah, all the best. Papanya ok ke tu?"
"Alhamdulillah Tahniah semoga terus cemerlang dunia dan akhirat."
"Malam ini separuh jiwa kosong apabila anak ke asrama. Jangan menangis papa."
"Semoga Indah kuat semangat dan dapat sesuaikan diri dengan kehidupan asrama. Begitu juga ibu ayah, semoga sama-sama kuat dan beri sokongan penuh kepada anak. Awal-awal ni bukan anak je homesick, mak ayah pun rindukan anak."
Sekadar info, Indah Sutera Jannah merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.
Fedtri berkahwin dengan seorang guru, Nurul Anati pada Mei 2011.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Indah Sutera Jannah, 13, Ahmad Wildan Arjuna, 11, Indah Rauvda Inaara, 8, dan Ahmad Firaas Mevlana, 6.