BUKAN satu, bukan dua... tapi tiga pengasuh dan seorang jururawat khas! Itulah ‘tentera’ kecil yang diatur oleh suami pelakon cantik, Datin Intan Najuwa, iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman demi memastikan puteri kesayangan mereka, Imane Lunara, sentiasa dijaga rapi, selamat dan sihat walafiat.
Apa yang lebih mengejutkan, Intan baru-baru ini ada memuat naik satu video di TikTok yang memaparkan tiga pengasuh lengkap dengan seorang jururawat profesional berada di sebuah hotel, sehingga mencetuskan pelbagai reaksi daripada warganet.
"Ramai sangat pembantu, tak takut anak keliru siapa ibu?" tanya seorang pengguna media sosial. Namun, Intan tidak memilih untuk berdiam diri.
Pelakon lemah lembut tapi menyengat ini tampil memberikan penjelasan penuh keyakinan.
"Anak saya bijak, dia tahu siapa ibu dia. Saya dengan dia 24 jam,” tegas Intan sambil menyelitkan sedikit sentuhan keibuan yang ‘win’.

