Temu jodoh dengan sepupu sendiri, cinta sedarah tinggi risiko kesihatan! 'Tak pernah sangka anak kami lahir dengan penyakit genetik'

Iklan
Gambar hiasan Gambar hiasan
Gambar hiasan

BARU-baru ini isu kahwin sepupu jadi perhatian selepas seorang influencer mendedahkan rumah tangganya yang dibina dengan sepupu.

Perlu diketahui bahawa perkahwinan sesama sepupu dibenarkan di sisi Islam.

Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, perkahwinan dengan sepupu adalah harus di sisi syarak kerana sepupu tidak termasuk dalam kalangan mahram (haram bernikah).

Namun, syarak menggalakkan supaya bernikah dengan wanita atau lelaki asing (selain kerabat) kerana zuriat dan keturunan yang dilahirkan lebih sihat dan kuat.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Siapa sangka rupanya risiko kesihatan bukan kepalang. Public Health Malaysia berkongsi tentang risiko yang bakal dihadapi pasangan hubungan sedarah ini. Rupanya ada pasangan yang pernah

"Kami tak pernah sangka anak kami lahir dengan penyakit genetik. Kami sihat je dua-dua. Tapi baru tahu, apabila kahwin sepupu, risiko tu lebih tinggi. Cerita ini bukan rekaan, ia benar berlaku.

"Apabila dua insan yang saling mencintai itu rupa-rupanya datang daripada darah yang sama, ada satu perkara penting yang selalu terlepas pandang iaitu genetik.

"Perkahwinan antara sepupu adalah sah dan dibenarkan dari sudut agama tetapi dalam dunia perubatan, ia datang dengan risiko yang tidak boleh diabaikan," kongsinya.

Gambar hiasan


"Risiko ini tak nampak sekarang tetapi apabila zuriat lahir nanti, baru segalanya terbongkar.

"Kalau anda merancang untuk bernikah dengan sepupu, tak salah tetapi buatlah keputusan dengan ilmu.

"Boleh beritahu doktor ketika pemeriksaan pranikah, minta saringan genetik asas seperti thalassemia. Jika ada sejarah penyakit dalam keluarga, pertimbangkan untuk rujuk pakar genetik.

RISIKO PENYAKIT GENETIK TIGA KALI LEBIH TINGGI

Selain itu, pengamal perubatan am, Dr Zubaidi Ahmad berkongsi lebih terperinci tentang isu berkenaan yang memberikan kebarangkalian untuk anak mendapat penyakit genetik yang diwarisi yang lebih tinggi.

"Selain itu, terdapat juga risiko keguguran, kelahiran bayi pramatang, atau kelahiran dengan kecacatan fizikal dan mental yang serius," katanya.



Mengulas mengenai kahwin sepupu dari sudut agama, beliau berkata biarpun dibenarkan namun isu kesihatan perlu dititikberatkan.

"Dari perspektif agama, Islam tidak mengharamkan perkahwinan dengan sepupu. Bahkan terdapat beberapa kisah sahabat dan keluarga Nabi Muhammad SAW yang berkahwin dengan sepupu mereka.

"Namun, Islam juga sangat mementingkan penjagaan zuriat dan generasi masa hadapan.

"Oleh itu, saya cadangkan ujian saringan genetik sangat digalakkan sebelum melangsungkan perkahwinan, khususnya dalam kes kahwin sepupu," katanya.

Tidak hanya itu, beliau menyuarakan kepentingan kaunseling praperkahwinan kepada pasangan sepupu yang hendak berkahwin agar pasangan berkenaan memahami potensi risiko dan bersedia membuat keputusan yang bijak serta bertanggungjawab.

"Kesimpulannya, kahwin sepupu bukanlah satu kesalahan, tetapi ia menuntut ilmu, kesedaran dan pertimbangan yang bijak.

"Jika tiada masalah, boleh saja teruskan. Namun lebih baik berkahwin dengan 'orang jauh' untuk memperkayakan kolam genetik kita.

"Contoh orang Johor kahwin orang Kelantan, orang Melayu kahwin Cina, orang Malaysia kahwin Afrika dan sebagainya," katanya.

Katanya, kerap kali baka campuran memberikan banyak kelebihan seperti rupa paras elok, tahap IQ lebih tinggi dan mempunyai fizikal serta daya tahan melawan penyakit yang kuat.