'Membesar jadi lelaki sejati...' Pengiran Muda Abdul Wakeel agih duit raya, ketampanan jadi perhatian. Seiras ayahanda!

Iklan

KETAMPANAN putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Wakeel sering menjadi sorotan warga maya.

Anakanda ke-11 Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah dan personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim itu sering kali muncul laman sosial dikongsikan para peminat.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Dalam hantaran tular di laman sosial, putera itu dilihat mengagihkan kurniaan peribadi bagi pihak ayahandanya kepada 17,352 penerima dari seluruh negara itu yang terdiri daripada orang berkeperluan khas, anak-anak yatim, fakir miskin, dan penerima Bantuan Kebajikan Bulanan sempena Hari Raya Aidilfitri di Tuntong, Brunei Darussalam.



Murah dengan senyuman, sosok putera popular yang bakal mencecah 19 tahun 1 Jun ini semakin tinggi dan sasa.

Jauh di mata, dekat di hati. Bondanya, Azrinaz menerusi hantaran di Instagram, tidak lupa memuat naik video tular berkenaan dan sekeping foto Pengiran Muda Abdul Wakeel ketika kecil.



Bekas wartawan penyiaran dan penyampai berita itu sempat menitipkan ucapan yang menyentuh hati warganet.

"Bagaimana kamu telah berkembang menjadi seorang lelaki sejati yang baik," kongsinya pada kapsyen.

Artikel berkaitan:



Warganet yang mengikuti hantaran berkenaan mengakui Pengiran Muda Abdul Wakeel memiliki wajah seiras ayahandanya, Sultan Hassanal Bolkiah.

"Masya-ALLAH kacaknya. Insya-ALLAH ikatan kasih sayang ibu dan anak tidak akan putus."

"He's tall and handsome."

"Masya-ALLAH, terasa kerinduan antara bonda dan anakandanya. Semoga kalian dapat saling berpeluk dan bertentang mata soon."

"Macam ayahandanya ketika muda."

"Handsome and so humble prince."

"Masya-ALLAH Prince Abdul Wakeel so handsome and gentleman."

"Kita terasa cepatnya Pengiran Muda Abdul Wakeel membesar, inikan pula bondanya yang melahirkan."


Sekadar info, Azrinaz pernah berkahwin dengan Sultan Hassanal Bolkiah pada 20 Ogos 2005.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 17.

Azrinaz berkahwin kali kedua dengan bekas rakan sekerjanya di TV3, Firoz Khan Abdul Hamid pada 1 Mei 2018.

Perkahwinan mereka diserikan dengan dua anak perempuan iaitu Areesya Malaykha dan Atheera Medinah yang kini berusia lima dan tiga tahun.

Sumber: Facebook, Instagram