Senyap-senyap naik pelamin lagi, Sakinah sudah bernikah kali ketiga? 'Saya sedang mencari masa yang sesuai...'

Iklan

INDUSTRI hiburan dikejutkan dengan spekulasi perkahwinan pelakon versatil, Sharifah Sakinah, selepas timbul dakwaan beliau telah mendirikan rumah tangga buat kali ketiga.

Lebih menarik, pelakon itu sendiri mengesahkan khabar gembira tersebut, namun identiti si suami masih menjadi teka-teki.

Dengan hanya sedikit pendedahan, Sakinah tampil dengan kenyataan ringkas dan penuh tanda tanya, membuatkan ramai tertanya-tanya... siapakah lelaki yang berjaya menawan hatinya kali ini?

Pelakon Curang Tanpa Niat itu dilaporkan kembali bergelar isteri pada minggu lalu selepas beliau sendiri mengakui hal tersebut.

Iklan
Iklan

Pelakon berusia 36 tahun itu dikatakan sah bergelar isteri dalam sebuah majlis pernikahan tertutup yang berlangsung di ibu kota, minggu lalu.

Difahamkan, majlis yang serba sederhana itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat serta beberapa rakan artis rapat sahaja.

Iklan

Sharifah Sakinah bagaimanapun memohon maaf kerana tidak dapat mendedahkan identiti suaminya yang dikenalinya sejak lebih empat tahun lalu.

"Ya, kami sudah berkahwin minggu lalu. Tapi, saya mohon maaf kerana tidak dapat dedahkan identiti suami kerana alasan peribadi.

Iklan

"Saya juga sedang mencari masa yang sesuai untuk berkongsi berita baik ini kepada semua termasuk pihak media,” katanya.

Dalam majlis pernikahan tersebut, Sakinah tampil anggun dengan busana serba putih.

Difahamkan, dalam majlis akad nikah tersebut, pelakon yang juga adik kepada penyampai radio Sharifah Shahirah ini mengenakan persalinan bertemakan putih keemasan yang tampak anggun dan sederhana.

Untuk rekod, pernikahan ini merupakan perkahwinan ketiga bagi Sharifah Sakinah.

Beliau sebelum itu pernah berkahwin dengan juruterbang, Aliff Adha, pada tahun 2015 namun berpisah lima tahun kemudian.

Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Anais Adha, kini berusia 8 tahun.

Sakinah kemudiannya menamatkan status ibu tunggal apabila mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan jejaka dari Sweden, Michael Hansen, pada tahun 2020.

Pun begitu, jodoh mereka tidak panjang dan mereka disahkan bercerai pada penghujung tahun 2023 tanpa cahaya mata.