BUKAN ralit main TikTok tapi sibuk kejar tikus untuk duit raya! Bukan seorang tapi ini kisah puluhan anak-anak di Kampung Sraten, Semarang, Jawa Tengah, Indonesia buat ramai salute.
Mana tidaknya, hari Ahad yang menjadi waktu luang untuk berehat dan bermain, namun dimanfaatkan dengan aktiviti memburu haiwan perosak di sawah.
Berbekalkan batang buluh, rata-rata budak sekolah rendah berkenaan sanggup berpanas mencari tikus yang dikatakan bernilai 60 sen seekor.
Lapor Kompas.com, masalah kerosakan hasil padi akibat serangan si ekor panjang yang berlaku di kampung itu bukan kaleng-kaleng.
Bayangkan 60 hektar sawah yang ada, 25 hektar daripada jumlah besar itu tak boleh diselamatkan gara-gara musuh petani tersebut.
Menurut Ketua Kampung Sraten yang dikenali dengan nama Rohmad, tikus yang dipercayai datang dari kawasan luar itu mula merosakkan hasil padi penduduk.
Artikel berkaitan
- Magawa berjaya kesan lebih 100 periuk api dan diberi penghargaan pingat emas, ini kisah tikus pengesan bom popular di Kemboja
- Varian Omicron berasal daripada tikus jangkiti manusia, 6 fakta berkaitan
- 8 cara halau tikus di rumah, nombor 3 tu mesti sekali kena tak datang dah
"Tikus-tikus ni datang dari Rawa Pening yang dah tenggelam. ‘Mereka’ lari cari tempat baru dan sawah kami jadi mangsa.”
Lebih menyedihkan, ada petani yang dah tak sanggup tanam padi lagi.
"Biasanya hasil padi tu kami simpan untuk stok Hari Raya, tapi masa bulan puasa pun dah gagal tuai,” ceritanya.
Disebabkan isu memeningkan itu, penduduk pun melibatkan anak-anak dalam aktiviti gropyokan (tangkap) tikus tersebut.
#syedsaddiq #bellaastillah #bass #mahkamah #sinarplus #lifestylesinarharian" />