HARI ini tentu ramai ibu bapa calon peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2024 melalui saat mendebarkan menerima keputusan anak masing-masing.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek juga tidak terkecuali apabila anaknya, Sarah, 18, turut mengambil keputusan peperiksaan tersebut hari ini.
Sarah yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Persekutuan Kajang meraih keputusan cemerlang 8A.
"Saya pun gembira, anak saya dapat keputusan hari ini. Alhamdulillah...8A,” katanya dipetik portal berita tempatan.
Menerusi laman sosial Facebook, Fadhlina menzahirkan rasa syukur atas kejayaan Sarah.
Artikel berkaitan:
- Anak sulung raih 9A SPM 2022, Menteri Pendidikan peluk, ucap tahniah
- Doa ibu mengiringi, Menteri Pendidikan hantar anak ke kampus, pilih bidang Sains Kemanusiaan
- Pernah kehilangan anak 12 tahun lalu, Menteri Pendidikan menitiskan air mata, tersentuh santuni murid pejuang kanser
"Because we love you and we make doa for you! Tahniah buat semua anak-anak yang mengambil keputusan SPM pada hari ini. Khususnya buat anakanda kesayangan kami, Sarah.