Baru sehari berkahwin, lelaki buat perangai c4bul adik ipar berusia 6 tahun! 

Iklan

Seorang lelaki di Indonesia diburu polis selepas dipercayai mencabul adik iparnya berusia enam tahun sehari selepas perkahwinan. Insiden ini dilaporkan CNN Indonesia dan mencetuskan kemarahan keluarga mangsa.

SEORANG lelaki diburu pihak berkuasa selepas aktiviti jahatnya tertangkap apabila mencabul adik ipar yang baharu berusia 6 tahun.

Memetik laporan CNN Indonesia, suspek difahamkan baharu sahaja melangsungkan pernikahan dengan kakak mangsa sehari sebelum melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Ketika kejadian, dia bersama isteri, Nai harus menjaga kanak-kanak itu memandangkan ibu bapa mentua suspek pergi ke luar daerah.

Namun siapa sangka, ketika isterinya yang merangkap kakak kandung mangsa sedang nyenyak tidur di sofa, suspek bertindak melakukan perbuatan terkutuk itu.

Suspek pada mulanya cuba menarik mangsa ke dalam bilik, namun ditolak. Dia yang hilang kawalan kemudiannya bertindak mendukung mangsa masuk ke dalam bilik tersebut dan melakukan perbuatan keji tersebut terhadap mangsa.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Tidak lama selepas itu, ibu bapa mangsa pulang ke rumah dan mula mencari anak perempuan mereka. Melihat pintu bilik tertutup rapat, mereka yang berasa curiga segera membukanya dan alangkah terkejutnya apabila mendapati suspek sedang memakai seluar.

Si ibu kemudian bertanya kepada anak kecilnya apa yang berlaku, sebelum kanak-kanak itu mengaku bahawa suspek telah melakukan sesuatu terhadap bahagian sulitnya. Keesokan harinya, mangsa mengadu mengalami kesakitan pada bahagian kemaluannya.

Walaupun suspek telah mengakui kesalahan dan memohon maaf atas perbuatannya, keluarga mentuanya enggan memaafkan dan meminta anak mereka, Nai, untuk memfailkan perceraian terhadap suspek.