Wanita ini jumpa terowong misteri bawah rumah, penuh selimut berdarah. Teori netizen lagi seram!

Iklan

SEORANG wanita di Amerika Syarikat terkejut besar bila terjumpa rangkaian terowong pelik yang digali betul-betul di bawah rumahnya sendiri.

Lagi seram, selimut penuh kesan merah dipercayai darah ditemui di dalam lorong gelap bawah tanah berkenaan!

Iklan
Iklan

Lapor The US Sun, wanita bernama Victoria Vale berkongsi penemuan penuh misteri itu selepas membuat rakaman selama sejam di ruang menakutkan tersebut.

Posting yang dibuat juga membuatkan ramai meremang bulu tengkuk dengan kapsyen ringkas seperti berikut:

Iklan

"Jumpa terowong dan bilik-bilik bawah rumah saya.”

Iklan

Tak cukup dengan itu, Vale juga berkongsikan lima gambar creepy ruang bawah tanah yang nampak begitu usang, gelap dan lembap.

Terowong tanpa berpenghujung itu nampaknya mempunyai tingkap kecil yang hanya membenarkan sedikit cahaya masuk ke dalam.

Dalam ruang komen, wanita berani itu juga menambah sedikit info tentang terowong yang basah, diperbuat daripada tanah dan boleh tembus ke jalan raya.

Boleh dikatakan keseluruhannya ada lebih lima bilik yang penuh dengan lipas.

Perkongsian yang viral dengan lebih 1,500 komen itu menarik perhatian ramai netizen sehingga mereka kongsi teori yang boleh masuk akal.

Seorang pengguna beranggapan kawasan itu ada kaitan dengan sejarah Underground Railroad iaitu laluan rahsia zaman dulu untuk bantu hamba melarikan diri ke negara bebas.

Seorang lagi komen:

Tak kurang juga berkongsi komentar lucu yang dikaitkan dengan beberapa movie terkenal.

"Ni macam asal usul cerita The Last of Us,” tulis seorang netizen.

"Terus teringat filem Barbarian bila tengok ni,” komen yang lain.

Terdapat juga netizen yang bimbang soal kesihatan memandangkan kawasan terowong terdedah dengan gas radioaktif.

Selain menyarankan Vale untuk memeriksa tahap radon bahaya dalam rumah, mereka juga memintanya untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

"Gas radioaktif boleh menyebabkan kanser paru-paru. Kalau boleh, pasang pengesan radon. Jangan nanti menyesal 20 tahun akan datang,” tulis seorang pengguna.

Lebih membimbangkan, wanita itu sendiri mengakui dirinya rasa lain macam selepas turun ke ruang bawah rumahnya.

"Paru-paru saya confirm rasa lain lepas tu. Kalau saya ni pembawa wabak seterusnya, maaflah ya semua,” katanya sambil berseloroh.

Peliknya, bagaimana boleh wujud rangkaian terowong misteri yang boleh bersambung dengan rumah penduduk?

Apa pun benda-benda yang nampak pelik dan menakutkan, kena rujuk dengan pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.