Hafidz dapat hak lawatan interim, dakwa setahun tidak jumpa anak. 'Insya-ALLAH, hujung bulan lima...'

Iklan

HATI mana yang tidak luluh bila kasih sayang terhadap anak-anak seolah-olah terhalang.

Iklan
Iklan

Itulah yang dirasai pelakon Hafidz Roshdi selepas lebih setahun tidak berpeluang memeluk dan menatap wajah dua cahaya matanya, Humairah,8, dan Umar,5, tahun.

Berkongsi rasa menghadapi perpisahan itu, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi cuba menghubungi anak-anak melalui nombor yang diberikan khas namun tidak berjaya. Bukan sahaja panggilan tidak dijawab, malah turut disekat.

Iklan

Lebih menyedihkan, bapa kepada tiga cahaya mata itu pernah meminta untuk bertemu kedua-dua anaknya menjelang Aidilfitri lalu namun hasrat itu tidak kesampaian apabila bekas isterinya memberi pelbagai alasan sebelum membatalkannya.

Iklan

"Sepanjang setahun lebih saya cuba hubungi mereka, tapi tidak berjaya. Nombor yang diberikan bersama telefon bimbit tidak dijawab, malah disekat.

"Saya ada cuba hubungi dan meminta bertemu anak-anak sebelum raya tahun lepas, tetapi dia (bekas isteri) beri macam-macam alasan dan akhirnya tidak jadi jumpa.

"Sepatutnya bagilah info anak di mana, nombor telefon, sekolah ke tidak, keadaan macam mana. Saya sebagai bapa ada hak untuk tahu. Saya tidak kecewa, tapi saya marah," ujarnya.

Dalam perkembangan kes berkaitan pasangan ini, Mahakamah Tinggi Shah Alam pada Rabu memutuskan bahawa Hafidz diberikan hak lawatan interim selama dua minggu sepanjang cuti sekolah bermula 29 Mei, dengan kedua-dua anaknya perlu diserahkan kepada beliau sepanjang tempoh tersebut.

"Alhamdulillah, saya dapat hak lawatan. Insya-ALLAH hujung bulan lima sempena cuti sekolah nanti, saya akan dapat jumpa anak-anak saya. Hak lawatan ini sepenuhnya diberikan kepada saya sebelum keputusan hadhanah," katanya penuh keterujaan.

Menurut peguam yang mewakilinya, Datuk Akberdin Abdul Kader, kedua-dua cahaya mata Hafidz akan berada di bawah jagaan bapa pelakon itu sepanjang tempoh tersebut sebelum diserahkan kembali kepada ibu mereka.

Terdahulu, Hafidz nekad memfailkan tuntutan hadanah penuh dan interim selepas lebih setahun tidak bertemu dengan anak-anaknya, yang dipercayai berada di Australia bersama bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Sebagai rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada 30 April 2016 sebelum disahkan bercerai pada 27 Julai 2023.