Cinta tujuh penjuru! Wanita malang ini dib*nuh kekasih cemburu. Rahsia terbongkar selepas…

Iklan

SEORANG lelaki di Bangkok, Thailand hilang kawalan apabila mendakwa kekasihnya curang dengan tujuh lelaki lain.

Akibat cemburu buta, suspek bertindak kejam membunuh wanita itu sebelum cuba mengambil nyawanya sendiri.

Iklan
Iklan

Insiden yang berlaku di sebuah rumah sewa di daerah Si Racha, Chon Buri itu menyaksikan si pembunuh, Pachara masih hidup dan kini dirawat di hospital.

Mangsa dikenali sebagai Wannapa Pimrod atau lebih mesra dipanggil Muay yang berusia 51 tahun itu ditemui tidak bernyawa oleh seorang lelaki.

Iklan

Lapor Thai.news, mangsa meninggal dunia selepas ditikam sebanyak lapan kali manakala suspek pula menikam diri sendiri sebanyak 10 kali.

Iklan

Saksi yang bernama Sanya, 50, merupakan kekasih yang tinggal bersama mangsa.

Menurut Sanya, beliau percaya Pachara merupakan bekas kekasih Muay yang masih belum move on dan sering mencuba nasib untuk kembali memenangi hatinya.

Namun, siasatan polis mendedahkan sisi mengejutkan apabila Muay sebenarnya menjalin hubungan cinta dengan tujuh lelaki serentak.

Lelaki malang berkenaan ialah Sanya, Pachara, Wan, Natthaphum, Den, Kaew dan bekas suaminya yang sudah meninggal dunia, Komkrit.

Selepas kisah sebenar terbongkar, semua lelaki yang pernah dikaitkan dengannya dikatakan kecewa.

Malah, tiada seorang pun hadir semasa pengebumiannya yang diuruskan oleh anak lelakinya.

Muay dikatakan pernah berkahwin dengan Komkrit dan mempunyai seorang anak.

Kredit: ararafi_89

Selepas kematian suami, dia tinggal bersama Sanya dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Namun muncul pula Wan yang mendakwa dirinya suami sah Muay selepas berkahwin tahun lalu, lengkap dengan bukti mas kahwin dan pemberian emas bernilai kira-kira RM15,000.

Wan juga mendedahkan dirinya tidak pernah miss memberi nafkah bulanan meskipun mereka tidak tinggal serumah.

Lebih memeningkan, permohonan kerja Muay mencatatkan nama lelaki lain iaitu Natthaphum sebagai suami sekali gus menambah lagi misteri dan kekeliruan.

Kaew, seorang lagi kekasih Muay pula mengaku mereka bercinta selama lima bulan sebelum tragedi berdarah itu berlaku.

Lelaki itu juga mendedahkan Muay pernah diganggu oleh Pachara, lelaki yang kini disyaki sebagai pembunuh.

Buat masa ini, polis masih menunggu suspek pulih untuk disoal siasat lanjut bagaimanapun cemburu disyaki sebagai motif utama di sebalik pembunuhan tragis ini.

Aduhai, boleh pula berkasih lebih daripada seorang dan tak pernah kantoi pula. Moga insiden ini menjadi iktibar buat semua.